Bukti rakyat Malaysia tidak malas, Kuala Lumpur tersenarai lima negara terbaik ‘work life balance 2020’

A
A
A

STIGMA rakyat Malaysia malas susulan kehadiran ramai pekerja asing di Malaysia adalah berpunca daripada sikap memilih dan tidak mahu membuat kerja-kerja tertentu walaupun mereka sebenarnya mampu melakukannya mungkin ia tidak tepat lagi.

Kebelakangan ini, terdapat banyak penekanan yang dibuat mengenai kepentingan untuk mencapai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan (work life balance).

Buktinya, Kuala Lumpur kini menduduki carta lima teratas bandar raya yang disenaraikan oleh syarikat sistem kawalan akses berasaskan ‘cloud’ iaitu Kisi, yang melengkapi keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan.

Malaysia menduduki tempat ke-4 yang mana carta teratas diungguli oleh Hong kong. Senarai penuh adalah seperti berikut :

  1. Hong Kong
  2. Singapura
  3. Korea Selatan
  4. Malaysia
  5. Jepun

Menurut Kisi, sebagai syarikat yang inovatif dalam industri keselamatan, mereka sedia maklum betapa banyak perbezaannya untuk bekerja ketika era pandemik Covid-19.

“Seperti semua sedia maklum, kita harus menyesuaikan diri dengan pekerjaan jarak jauh atau ‘work from home’, sementara perlu menjaga keseimbangan yang sihat antara komitmen kerja dan kehidupan seharian.

“Kami mula meneroka topik keseimbangan kerja kehidupan dalam kajian 2019 kami dengan menentukan bandar-bandar yang penduduknya mempunyai keseimbangan kehidupan kerja yang paling lengkap.

“Ia diukur dengan melihat keamatan kerja, kemampuan hidup dan kesejahteraan serta hak penduduk,” menurut Kisi dalam satu kenyataan.

Memandangkan keadaan kerja dan ekonomi telah berubah secara drastik di kebanyakan bandar sejak pandamik covid-19, Kisi memutuskan meneruskan kajian mereka bagi memperoleh data bandar mana yang paling terkesan oleh wabak tersebut.

Bukti rakyat Malaysia tidak malas, Kuala Lumpur tersenarai lima negara terbaik ‘work life balance 2020’Indeks yang dihasilkan memberikan gambaran bagaimana Covid-19 telah berubah dan terus mempengaruhi keseimbangan kerja-kehidupan di bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Indeks ini tidak dirancang untuk menjadi indeks keberlangsungan bandar dan juga tidak bertujuan untuk menonjolkan bandar terbaik untuk dikerjakan; sebaliknya, ini adalah petunjuk kemampuan sesebuah bandar raya untuk memberikan keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat bagi penduduknya.

Selain itu, ia juga mampu memberi peluang untuk menghilangkan tekanan yang berkaitan dengan pekerjaan.

Untuk memulakan kajian, senarai metropolis dalam permintaan di seluruh dunia dengan kumpulan data yang mencukupi, boleh dipercayai dan relevan telah dipilih.

Lima puluh bandar telah dimuktamadkan untuk merangkumi kota-kota yang terkenal dengan tarikan profesional dan keluarga kerana peluang pekerjaan mereka dan penawaran gaya hidup yang pelbagai serta bandar raya yang sering menjadi indeks kebolehpercayaan.

“Pertama, kami menilai skor keseluruhan kehidupan-kerja setiap bandar berdasarkan serangkaian faktor seperti jumlah masa yang didedikasikan seseorang untuk pekerjaan mereka dengan mengambil kira jumlah waktu kerja, perjalanan dan hari percutian yang diambil.

“Tahun ini kami memberi perhatian khusus pada angka pengangguran, karena mereka melambung tinggi di banyak lokasi karana kejatuhan ekonomi di sebabkan Covid-19 dan juga peratusan orang yang harus melakukan banyak pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Seterusnya, kami ingin mengetahui sejauh mana penduduk mendapat layanan yang setara, menilai akses mereka ke program kesihatan dan kebajikan yang dibiayai oleh negara, serta sokongan institusi untuk kesetaraan dan inklusif sosial.

“Kami kemudian menentukan skor kemampuan hidup setiap bandar dengan memeriksa kemampuannya serta kebahagiaan, keselamatan dan akses keseluruhan warga ke tempat-tempat kesejahteraan dan riadah yang membolehkan kami menilai sama ada penghuninya dapat menikmati persekitaran mereka selepas waktu pejabat,” katanya.

Jadi, hasil kajian tersebut dan data yang Berjaya direkodkan jelas menunjukkan rakyat Malaysia sangat rajin bekerja dan bukanlah semalas yang disangka sehingga mampu tersenarai antara lima negara terbaik dunia.

Syabas dan tahniah semua!

Sumber : getkisi.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca