Buli Fizikal : Sering disindir miskin dan tak cantik buat suspek nekad bunuh kawan baik sendiri  

A
A
A

KES buli kini makin parah dan bagaikan tiada penghujungnya ekoran terdapat laporan serta maklumat berkaitan kes-kes berkenaan dilaporkan setiap tahun.

Isu ini bukan sahaja hanya terdapat atau terjadi di Malaysia malah luar negara turut mengalami hal yang sama.

Kebiasaannya golongan-golongan yang lemah ini sering dibuli secara mental dan fizikal kerana dendam ataupun tanpa sebab.

Selalunya hanya buli fizikal dianggap sebagai buli kerana perlakuan ini menyebabkan kecederaan nyata dan boleh dilihat.

Walaupun buli fizikal sering berlaku di sekolah, perbuatan ini juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ejekan, serangan lisan dan fizikal dan juga pemusnahan harta benda orang lain merupakan beberapa contoh buli fizikal.

Seperti apa yang berlaku baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes pelajar perempuan Tingkatan Enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, dengan mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus.

Nasil siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan rasa tidak puas hati akibat sering disindir dipercayai menjadi punca pembunuhan Nur Surya Ismail.

Memetik laporan akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek ada membuat pendedahan mengenai motif kejadian itu ketika tampil ke Balai Polis Telemong dengan ditemani ibunya kira-kira jam 7.30 pagi semalam bagi membantu siasatan.

Buli Fizikal : Sering disindir miskin dan tak cantik buat suspek nekad bunuh kawan baik sendiri  

Beliau berkata, suspek berusia 19 tahun memaklumkan mangsa sering mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin kerana ibunya hanya bekerja sebagai tukang cuci manakala bapanya hanya bekerja kampung berbanding kehidupan keluarga mangsa yang agak senang.

"Suspek turut mendakwa kononnya mangsa suka mengejek dengan mengatakan yang dia tidak cantik berbanding dirinya dan kekurangan itu menjadi punca dia masih tidak mempunyai teman lelaki sehingga suspek sering memendam rasa.

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.

Mohd Adli berkata, selain pergelangan tangan mangsa dipotong, pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan tusukan pada leher mangsa dan beberapa kecederaan lain.

Buli Fizikal : Sering disindir miskin dan tak cantik buat suspek nekad bunuh kawan baik sendiri  

"Kita juga percaya berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sebelum itu kerana kita ada menjumpai beberapa helaian rambut dalam genggaman mangsa," katanya.

Siti Nur Surya dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca