SEJAK ramai selebriti dalam negara dilihat sering meluangkan masa hujung minggu ini dengan berbasikal seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Janna Nick dan ramai lagi, aktiviti berbasikal dilihat sudah menjadi trend malahan menjadi ikutan ramai.

Tidak dinafikan, berbasikal juga merupakan antara aktiviti sukan yang sangat baik untuk kesihatan.

5 panduan mudah sebelum membeli basikal

Terbaharu, komuniti berbasikal dalam talian, Togoparts.com menjemput semua rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam #TOGOMY57 sempena memperingati 57 tahun penubuhan Malaysia, dengan sasaran untuk menyempurnakan cabaran berbasikal maya 57,000 km.

Cabaran berbasikal maya ini berlangsung di seluruh negara bermula 31 Ogos lepas sempena sambutan hari Kebangsaan Malaysia ke-63 dan dijadualkan akan tamat pada 30 September ini.

Visi mereka juga cukup jelas yang mana program ini diwujudkan bagi meraikan perpaduan dan pelbagai pencapaian negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Togoparts.com Evan Lee berkata, cabaran maya #TOGOMY57 terbuka kepada orang ramai tanpa mengira peringkat umur, bangsa atau latar belakang, penunggang basikal tegar, amatur atau penunggang baharu, untuk sama berkongsi semangat patriotik.

Cabaran berbasikal maya #TOGOMY57, orang ramai dijemput sertai kayuhan 57,000 km

Iklan

“Matlamat kita adalah untuk mendapat sekurang-kurangnya 500 peserta dan mencapai matlamat cabaran 57,000 km pada 30 September. Dalam masa sehari, peserta kita telah mencatatkan jarak kayuhan lebih 3,000 km,” katanya dalam satu kenyataan.

Penyertaan adalah percuma, namun tahap berbayar disediakan bagi peserta yang berhasrat untuk mendapat pingat atau hadiah rekaan khas, seperti jersi eksklusif #TOGOMY57 bersama lain-lain barangan eksklusif, lencana maya dan pingat khas, semuanya akan dihantar kepada mereka.

Sejurus selepas mendaftar dengan aplikasi pengesanan Togoparts.com, peserta akan diperlukan untuk merekod kayuhan mereka pada bila-bila masa, di mana jua semasa tempoh cabaran dan mereka boleh mengesan kemajuan dan kedudukan mereka menggunakan pelbagai platform atau aplikasi bebas.

Iklan

Apabila peserta menamatkan kayuhan, keputusannya akan dikongsi dengan aplikasi Togoparts.com bagi tujuan verifikasi.

Apa tunggu lagi, jom la kayuh guys!