Cabaran stopwatch iPhone bikin stress, ramai yang dah terjebak!

Cabaran stopwatch iPhone bikin stress, ramai yang dah terjebak!
Cabaran stopwatch iPhone bikin stress, ramai yang dah terjebak!
A
A
A

SETIAP kali ada sahaja cabaran baharu yang diperkenalkan di media sosial, pasti akan mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh dunia, walaupun ada kalanya cabaran yang buat agak pelik dan tak masuk dek akal.

Seperti sebelum ini cabaran yang diperkenalkan oleh Pelakon popular, Elly Mazlein tular apabila dia menyanyikan lagu berjudul 4 Dara dan menyeru pengikutnya untuk turut serta.

Rata-rata orang ramai malahan dalam kalangan celebriti sendiri termasuk ustaz turut tidak ketinggalan membuat video menyahut cabaran tersebut. Ternyata mereka sangat sporting.

Sekurang-kurangnya perkara tersebut mampu menghiburkan ramai orang jika cabaran yang dibuat tidak keterlaluan atau jauh daripada bahaya.

Terbaru, kini ramai pula pengguna Twitter yang telah terjebak untuk cuba menghentikan stopwatch iPhone dalam masa paling singkat.

Cabaran tersebut kini semakin menjadi ikutan selepas seorang penulis blog berkongsikan bahawa perkara itu adalah satu rekod yang boleh dipecahkan.

Menurut hasil pencarian Google, tempoh mula dan tamat yang tersingkat pernah dicatatkan pada iPhone 5 adalah 4 saat oleh salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Richard Damiano.

Tidak menyangka bahawa perkara itu adalah satu pencapaiaan yang boleh dibanggakan, ramai yang tercabar untuk cuba memecahkan rekod Damiano yang dicatatkan sekitar 2015.

Ternyata cabaran itu agak sukar untuk dilakukan kerana bilangan milisaat yang terdapat pada stopwatch telefon pintar tersebut berjalan dengan sangat laju dan seseorang itu perlu menekan berhenti  kurang daripada 1 saat.

Fuh nak berkelip pun tak sempat tu!

Ternyata ramai yang mengaku betapa sukar untuk memecah rekod tersebut sehingga ada yang mendakwa hampir stress!

Sementara itu, ada juga yang mendakwa berjaya mendapatkan waktu kurang daripada 5 milisaat setelah banyak kali mencuba.

Namun, kesahihannya belum dapat dipastikan kerana ada dalam kalangan mereka yang mendakwa keputusan yang dibuat itu telah ‘diedit’ terlebih dahulu.

Apa kata korang pula cuba. Agaknya berapa masa terpantas yang korang mampu buat. Jangan lupa kongsikan keputusan korang dalam ruangan komen di bawah ini. Jangan pula edit tau guys!

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca