Cadbury kini berwajah baharu, lancar kempen #SaluteTheGoodness                

A
A
A

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

BAGI menghargai sifat pemurah dan kebaikan rakyat Malaysia, Cadbury Dairy Milk melancarkan kempen yang dinamakan #SaluteTheGoodness.

Pengarah Bersekutu, Pemasaran Coklat Asia Tenggara, Mondelēz International, Vikram Karwal berkata, melalui program berkenaan, rakyat Malaysia diberi peluang untuk berkongsi pengalaman mereka melalui hashtag #SaluteTheGoodness dan #GoodnessInEveryone.

"Sebagai tambahan kepada kempen berkenaan, Cadbury Dairy Milk ingin perkukuhkan lagi jenamanya untuk terus melakukan kebaikan melalui sebuah iklan berjudul Mum’s Birthday.

cadbury

"Video ini mengisahkan tentang seorang gadis muda yang ingin membeli sekeping coklat Cadbury sebagai hadiah hari jadi ibunya dengan menggunakan barangan kepunyaannya seperti butang, unikorn dan gelang tangan yang diterima penjaga kedai dalam video ini.

"Kisah ini memaparkan sifat kebaikan dalam gadis muda itu dan penjaga kedai tersebut," katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

cadbury Produk Cadbury Dairy Milk boleh didapati di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia sekarang.

cadbury Produk Cadbury Dairy Milk boleh didapati di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia sekarang.

cadbury Produk Cadbury Dairy Milk boleh didapati di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia sekarang.

cadbury Produk Cadbury Dairy Milk boleh didapati di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia sekarang.

Dalam pada itu, Vikram berkata, Cadbury Dairy Milk juga tampil dengan identiti baharu yang lebih segar dalam aspek pembungkusan termasuk lambang dalam perkataan yang dilukis semula, ikonografi dan tipografi baharu, tambahan logo Cocoa Life dan garis panduan pemakanan makanan ringan Mindful Snacking.

Untuk maklumat lanjut layari laman Facebook Cadbury Dairy Milk atau laman web https://www.cocoalife.org/.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca