UNTUK pengetahuan kepada yang menerima dan layak untuk skim mySalam, sebenarnya kini korang juga layak untuk buat tuntutan RM50 sehari jika dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19.

Selain dimasukkan ke hospital, jika diarahkan untuk kuarantin di pusat kuarantin Kementerian Kesihatan (KKM) atau di rumah sebagai Pesakit Bawah Siasatan (PUI), korang juga layak untuk buat tuntutan atas skim mySalam ini.

Pada asasnya, melalui skim mySalam, akan dibayar RM8,000 sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Tetapi kini ianya dipanjangkan bagi kes Covid-19. Dengan itu, korang layak untuk tuntutan RM50 sehari (maksimum 14 hari).

Boleh ikuti langkah dibawah:

Langkah 1 : Pergi ke laman web MySalam www.mysalam.com.my dan klik Log Masuk ke portal

Langkah 2 : Jika belum pernah Log In sebelum ini, klik Log Masuk Kali Pertama. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan, nombor telefon dan password yang berkaitan.

Langkah 3 : Kemudian Log Masuk semula. Jika sudah berjaya klik pada Tuntutan diikuti oleh Penyerahan Tuntutan.

Langkah 4 : Klik Tuntutan Hospitaliti bagi:

  • Pesakit positif Covid-19
  • Disyaki Covid-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM atau
  • Disyaki Covid-19 dan diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri

Bagi pesakit yang disahkan positif menghidap Covid-19, mySalam memerlukan nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis tersebut.

Manakala pesakit yang disyaki menghidap Covid-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia, perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dikemukakan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan.

Sebarang tuntutan bagi self-quarantine tidak akan dibayar. Tuntutan yang dikemukakan kepada mySalam perlu disertakan bersama perintah isolasi bagi pesakit disyaki Covid-19 atau pengesahan diagnosis Covid-19 yang dikeluarkan oleh KKM.

Langkah 5 : Isikan butiran seperti;

  • Tarikh masuk wad/mula kuarantin
  • Tarikh keluar wad/tamat kuarantin
  • Nama Hospital/Premis Bukan Hospital (bagi kes kuarantin)

Cara buat tuntutan RM50 daripada mySalam jika dimasukkan ke hospital akibat Covid-19

Iklan

Langkah 6 : Muatnaik dokumen;

  • Kad Pengenalan depan dan belakang
  • Nota discaj (kemasukan wad sahaja) atau
  • Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja) dan klik Lampirkan.

Langkah 7 : Klik Hantar kemudian klik Saya Setuju dan pemohonan akan diproses.

Baca lagi Gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana, kita ada hak! Ini apa yang ramai tak tahu

Iklan

Langkah 8 : Status tuntutan berkait Covid-19 akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan disahkan oleh penilai.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 1 300 888 938 atau emel di info@mysalam.com.my atau layari portal mySalam di https://www.mysalam.com.my/

Terdahulu, mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam. mySalam diberikan kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berumur 18-65 tahun.

Semoga bermanfaat!