TERNYATA dengan mempunyai peralatan memasak yang canggih pada zaman sekarang dapat juga memudahkan cara memasak kita.

Makanan yang perlu dimasak lama pun sudah boleh siap dalam masa yang singkat. Ini termasuklah dengan penggunaan air fryer yang mempunyai pelbagai fungsi.

Namun, selepas digunakan sudah semestinya kita perlu mencuci pula air fryer tersebut. Katanya, nak cuci air fryer ini boleh tahan rumit juga?

Jadi, apa kata anda ikut teknik yang dikongsikan ini supaya air fryer tetap mudah dicuci tanpa merosakkan komponen elektrik di dalam air fryer tersebut.

Cara penyucian air fryer:

1. Lepas panggang ayam atau apa-apa makanan lain. Kerak makanan akan melekat di wiring rack tu dan sangat susah sekiranya dicuci seperti biasa dengan sabun sahaja.

2. Masukkan air 300 ml

3. Tambah cuka 3 sudu besar

4. Set masa 200 celcius. Masa 15 minit. Sesudah habis tu biarkan air fryer sejuk terlebih dahulu.

Iklan

5. Kemudian guna span dan sabun cuci pinggan maka akan tertanggal kesan kerak tadi.

6. Bersihkan sehingga betul-betul bersih air fryer anda.

Iklan

Dengan cuka sahaja boleh membuatkan kerak kesan makanan menjadi lembut. Air fryer antara kitchen appliance yang pakai sekali kena cuci terus, jadi untuk menjimatkan masa anda.

Boleh cuba tip ini di rumah bagi sesiapa yang mempunyai peralatan ini.

Sumber: Huda Zainal
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif