BEKERJA di sektor kerajaan idaman ramai sejak dahulu lagi kerana pelbagai kelebihannya. Bagi mengisi kekosongan jawatan, anda perlu mengisi borang permohonan secara online menerusi portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) iaitu Sistem SPA9.

Ketika memohon, anda dikehendaki mengisi had maksimum sebanyak 15 jawatan yang bersesuaian dengan latar belakang pendidikan, minat dan kecenderungan.

SPA menerusi laman sosial TikTok rasmi mendedahkan kebanyakan calon tertumpu kepada sesetengah jawatan sahaja mengikut arahan dan saranan daripada ibu bapa dan rakan.

Baca juga: Sah cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu mulai Januari 2023, 20 info perlu tahu

” Pernah dengar tak jawatan Pegawai Sains Metalurgi? Ada jawatan itu.

“Kebanyakan memilih jawatan yang sama, nak jadi Pegawai Kebajikan Masyarakat, Pegawai Imigresen, Penguatkuasa, Bomba.

“Jadi trend itu sama, masih berlaku sekarang. Calon-calon hanya isi jawatan-jawatan yang terkenal sahaja tanpa mengira latar belakang,” ujarnya.

Menurutnya pegawai terbabit, ada calon yang mempunyai pendidikan bidang kejuruteraan namun sayangnya memilih jawatan bidang Kemahiran dan Sosial.

“Betapa ruginya kerana Ujian Psikometrik yang dijalankan sudah mengikut skim jawatan.

“Apabila calon jawab jadi tak ‘ngam’ dengannya. Jadi, anda perlu pilih yang sesuai dengan background akademik,” katanya lagi.

Baca juga: SPA8i kini telah diganti SPA9, ini cara nak mohon kerja dengan kerajaan

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Justeru, bagi anda yang ingin memohon SPA9 disarankan untuk memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik

Bagi mengetahui jawatan-jawatan yang ‘rare’ serta ‘keserasian’ anda dengan jawatan tersebut, anda boleh melayari laman web EZSkim.

Menerusi EZSkim, pengguna boleh melihat jawatan yang ditawarkan mengikut jenis skim seperti Kejuruteraan (J), Sosial (S) dan lain-lain termasuk jawatan yang jarang didengari.

Baca juga:

Lawati EZSkim di sini

Malah sistem itu juga membolehkan anda melihat syarat kelayakan bagi setiap jawatan yang ditawarkan dalam sistem SPA9.

Antaranya kedudukan yang konsisten, stabil dan mempunyai peluang kebaikan pangkat.

10 INFO PERMOHONAN SPA9

1-Permohonan pekerjaan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di pautan: https://spa9.spa.gov.my/.

2-Tempoh sah pendaftaran pekerjaan dalam Sistem SPA9 adalah selama satu (1) tahun dari tarikh mendaftar atau mengemaskini permohonan.

Iklan

3-Had maksimum jawatan yang boleh dipohon adalah 15 jawatan sahaja.

4-Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan bagi jawatan diberi keistimewaan dikecualikan daripada menduduki Public Service Entry Examination (PSEE) dan akan dipanggil ke temu duga.

5- Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak memohon pekerjaan melalui Sistem SPA9.

6-Pemohon yang merupakan graduan luar negara boleh menyemak pengiktirafan kelayakan akademik dengan pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) melalui pautan: https://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan (eSISRAF) melalui pautan: https://www2.mqa.gov.my/esisraf/.

Kredit foto: Freepik

7-Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Kedoktoran hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

8-Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Kedoktoran dan Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik sahaja.

Iklan

9-Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik dan SPM/SVM hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik dan SPM/SVM sahaja.

10-Pemohon yang memiliki kelayakan akademik SPM/SVM dan PMR/PT3 hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM/SVM dan PMR/PT3 sahaja.

Sumber: TikTok SPAMalaysia, EZSkim, spa.gov.my

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!