Cara mudah baik pulih cat dinding mengelupas, buat sendiri je!

No Image Caption
A
A
A

TEMBOK atau dinding kediaman dengan cat mengelupas tidak kira interior mahupun exterior adalah antara perkara yang biasa berlaku. Bahkan, masalah ini kerap berlaku pada dinding yang baru dicat.

Jika hal ini terjadi pada dinding rumah anda, janganlah terburu-buru untuk memanggil tukang untuk memperbaikinya kerana ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri.

Setelah kenal pasti punca cat dinding anda mengelupas, barulah tindakan baik pulih boleh dilakukan. Jika puncanya disebabkan dinding yang lembap, masalah tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Jika tidak, masalah sama akan berlaku semula. Berikut, langkah-langkah baik pulih yang perlu dilakukan:

1. Bersihkan dinding & kupas cat lama

Bersihkan terlebih dahulu dinding daripada kotoran. Selepas itu, kupas atau singkirkan semua lapisan cat dinding lama. Boleh guna airpressure atau kikis dengan sekerap.

Hal ini membantu cat baru yang dikupas dapat diserap dan lekat sempurna pada permukaan dinding.

2. Haluskan permukaan dinding

Selesai menyingkirkan lapisan cat pada dinding, gunakan kertas pasir untuk menghaluskan permukaan yang kasar. Di samping itu, teknik ini juga dapat menanggalkan lapisan cat dinding degil yang sukar ditanggalkan.

Secara tidak langsung, ia dapat memberi kesan cat yang lebih cantik dan kemas.

3. Bersihkan dengan airpressure 

Langkah terakhir membersihkan tembok atau dinding yang mengelupas adalah cucian menggunakan airpressure. Kemudian, siram air bagi menyingkirkan kotoran yang tersisa daripada habuk yang terhasil disebabkan dinding yang digosok dengan kertas pasir.

Selesai dicuci, dinding dibiarkan kering hingga tiga hingga empat jam.

4. Aplikasi cat

Selepas dinding kering, proses mengecat bolehlah dilanjutkan. Permulaan proses mengecat, asas cat diperlukan.

Pilih cat asas yang ada kandungan kapur atau Alkali Resisting Primer untuk lapisan bawah yang kedua dapat lekat. Pastikan cat asas disapu lengkap dan rata hingga menutupi pori dinding.

5. Cat berwarna

Kebiasaan, cat asas mengambil masa tiga jam untuk kering. Selesai kering, bolehlah disapukan warna pilihan. Pastikan anda menggunakan roller untuk permukaan mendatar dan berus bagi kemasan bersudut sempit dan kecil.

Lakukan teknik mengecat dari atas ke bawah. 

Jika perlu, cat berwarna perlu dilapiskan lagi sekali selepas lapisan pertama kering kering untuk mendapatkan kesan warna yang lebih menarik.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: UNSPLASH, CANVA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca