Cara mudah baik pulih cat dinding mengelupas, buat sendiri je!

TEMBOK atau dinding kediaman dengan cat mengelupas tidak kira interior mahupun exterior adalah antara perkara yang biasa berlaku. Bahkan, masalah ini kerap berlaku pada dinding yang baru dicat.

Jika hal ini terjadi pada dinding rumah anda, janganlah terburu-buru untuk memanggil tukang untuk memperbaikinya kerana ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri.

Setelah kenal pasti punca cat dinding anda mengelupas, barulah tindakan baik pulih boleh dilakukan. Jika puncanya disebabkan dinding yang lembap, masalah tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

Jika tidak, masalah sama akan berlaku semula. Berikut, langkah-langkah baik pulih yang perlu dilakukan:

1. Bersihkan dinding & kupas cat lama

Bersihkan terlebih dahulu dinding daripada kotoran. Selepas itu, kupas atau singkirkan semua lapisan cat dinding lama. Boleh guna air pressure atau kikis dengan sekerap.

Hal ini membantu cat baru yang dikupas dapat diserap dan lekat sempurna pada permukaan dinding.

2. Haluskan permukaan dinding

Selesai menyingkirkan lapisan cat pada dinding, gunakan kertas pasir untuk menghaluskan permukaan yang kasar. Di samping itu, teknik ini juga dapat menanggalkan lapisan cat dinding degil yang sukar ditanggalkan.

Secara tidak langsung, ia dapat memberi kesan cat yang lebih cantik dan kemas.

3. Bersihkan dengan air pressure 

Langkah terakhir membersihkan tembok atau dinding yang mengelupas adalah cucian menggunakan air pressure. Kemudian, siram air bagi menyingkirkan kotoran yang tersisa daripada habuk yang terhasil disebabkan dinding yang digosok dengan kertas pasir.

Selesai dicuci, dinding dibiarkan kering hingga tiga hingga empat jam.

4. Aplikasi cat

Selepas dinding kering, proses mengecat bolehlah dilanjutkan.

Permulaan proses mengecat, asas cat diperlukan.

Pilih cat asas yang ada kandungan kapur atau Alkali Resisting Primer untuk lapisan bawah yang kedua dapat lekat. Pastikan cat asas disapu lengkap dan rata hingga menutupi pori dinding.

5. Cat berwarna

Kebiasaan, cat asas mengambil masa tiga jam untuk kering. Selesai kering, bolehlah disapukan warna pilihan. Pastikan anda menggunakan

roller untuk permukaan mendatar dan berus bagi kemasan bersudut sempit dan kecil.

Lakukan teknik mengecat dari atas ke bawah. 

Jika perlu, cat berwarna perlu dilapiskan lagi sekali selepas lapisan pertama kering kering untuk mendapatkan kesan warna yang lebih menarik.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH, CANVA

Share
Farah Eliani

 

Published by
Farah Eliani

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

10 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

13 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

14 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

15 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

17 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

20 hours ago