Cara mudah tonton filem pilihan di Netflix secara percuma tanpa perlu melanggan

A
A
A

NETFLIX merupakan perkhidmatan penstriman video yang popular dan digunakan ramai di seluruh dunia. Ia juga menawarkan pelbagai rancangan TV, filem, anime, dokumentari dan banyak lagi yang memenangi anugerah pada peranti dengan sambungan Internet.

Korang boleh tonton sebanyak yang korang mahu, pada bila-bila masa dan paling best tanpa gangguan iklan! Disebabkan itu Netflix kini dilihat semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Tambahan pula pada Ogos lalu, Netflix melancarkan antara muka pengguna (UI) miliknya dalam Bahasa Melayu.

Pilihan terbaharu itu membolehkan pengguna di Malaysia mengemudi UI, membaca judul serta sinopsis dan menonton rancangan serta filem dengan sari kata dan alih suara Bahasa Melayu.

Rancangan TV dan filem baharu pula sentiasa dikemas kini dan ditambah setiap minggu. Jadi, korang akan sentiasa dapat menerokai rancangan baharu setiap minggu!

Hanya dengan satu harga bulanan yang rendah, korang akan dapat nikmati

Sementara itu, dalam usaha memberikan pengguna pengalaman berrkaitan Netflix sebelum melanggannya, pihak Netflix hadir dengan sebuah halaman khusus, dinamakan “Watch Free”.

Ya! Tonton secara percuma! Menarik bukan?

Melalui halaman tersebut, pengguna boleh menonton beberapa rancangan dan filem secara percuma tanpa memerlukan sebarang langganan.

Cara mudah tonton filem pilihan di Netflix secara percuma tanpa perlu melanggan

Caranya mudah sahaja. Korang cuma perlu layari https://www.netflix.com/my/watch-free dan halaman tersebut akan menunjukkan korang serba sedikit berkenaan Netflix dan paling menarik terdapat beberapa filem pilihan yang boleh ditonton secara percuma!

Pilihan mungkin berubah dari semasa ke semasa, jadi tonton sekarang!

Hanya dengan melayari laman tersebut juga korang boleh menonton rancangan terbitan mereka seperti Stranger Things, ataupun filem seperti Bird Box.

Pengguna tidak perlu mendaftar sebarang akaun dan boleh tontonnya terus dengan mudah.

Namun, untuk siri rancangan, hanya episod pertama sahaja ditawarkan.

Netflix.com juga boleh ditonton melalui komputer peribadi atau pada mana-mana peranti disambungkan ke Internet yang menawarkan aplikasi Netflix, termasuk TV pintar, tablet, pemain media penstriman dan konsol permainan.

Korang juga boleh memuat turun rancangan kegemaran dengan aplikasi iOS, Android atau Windows 10.

Selamat menonton!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca