SEBUT sahaja jam getah, pastinya korang akan terbayang GShock bukan? Walaupun majoriti jam GShock memiliki paparan digital dengan rekaan berwarna-warni, jam ini sesuai dipakai oleh semua golongan umur daripada peringkat kanak-kanak, golongan muda mahupun profesional sehinggalah ke pesara kerajaan.

Peminatnya bukan sahaja dalam kalangan lelaki, kaum wanita turut tidak ketinggalan menggemari jam getah ni tau. Mana tidaknya, GShock sangat popular dengan sifat tahan lasak dan ciri-ciri rugged yang dimilikinya.

Cara penjagaan jam getah, nampak mudah tapi ia manja dan perlu dijaga

Kebanyakan jam GShock adalah diperbuat daripada resin atau getah sehingga komuniti peminat jam itu juga kebanyakannya menggelar GShock sebagai ‘jam getah’.

Minat minat juga, tapi tak ramai yang betul-betul ambil berat dalam hal penjagaan. Ahaa, jam G-Shock memang terkenal dengan kelasakannya. Tapi, jangan lupa, G-Shock bukan kalis calar atau kalis rosak ok!

Cara penjagaan jam getah, nampak mudah tapi ia manja dan perlu dijaga

Kalau korang nak tahu G-Shock sebenarnya manja! terutamanya dari segi penjagaan.

Perlu dijaga

Ada beberapa sebab kenapa GShock ini manja dan perlukan belaian. Antaranya ialah:

  1. Material Resin

Hampir 80-90 peratus sarung luar GShock adalah diperbuat daripada resin dengan kata mudahnya disebut plastik atau getah.

Tak hairan lah kalau GShock ini popular dengan panggilan ‘Jam Getah’ kan? Jadi, material tersebut masih boleh calar, terhakis mahupun kusam.

  1. Nilai boleh jatuh

Jangan terkejut, GShock memang ada nilai tersendiri terutamanya dalam kalangan peminat-peminat tegarnya.

Jam getah ini boleh dijual semula, malah ada yang mampu mencecah harga ribuan ringgit dan salah satu kriteria terpenting adalah keadaan jam itu sendiri seperti ciri luaran dan dalaman. Lagi elok terjaga, makin tak jatuh la harga nya.

Penjagaan yang baik, membantu GShock untuk kekal kelihatan menarik dan melonjakkan nilainya.

  1. Cara penjagaan

Rajin-rajin ‘mandikan’ jam GShock korang kerana ia mudah berhabuk dan disebabkan ia dibuat daripada material resin.

Sebarang geseran pada permukaan resin mampu mengakibatkan kotoran mudah melekat.

  1. Cara cucian

Penting! Jangan gunakan bahan menghakis untuk cuci GShock kesayangan korang!

Iklan

Korang boleh gunakan sabun cuci pinggan atau sabun mandi biasa. Rendamkan jam dalam air sabun selama mana yang korang mahu keluarkan untuk dicuci.

Tak perlu menggunakan sabun yang banyak pon ok.

Gunakan kain lembut untuk mencuci. Kain mikrofiber adalah yang terbaik kerana jika kain terlalu kasar, ia boleh mencalarkan jam.

Korang sudah pasti tak mahu jam kesayangan korang bercalar kan? Selain itu, juga boleh gunakan berus gigi lembut untuk menggosok kotoran degil yang melekat, terutama pada bahagian sukar dicapai.

  1. Proses mengering

Jangan jemur GShock korang di bawah terik matahari, kerana ini boleh menyebabkan warna jam tersebut pudar dan kemungkinan getah jam korang juga boleh cair. Cukup sekadar menggunakan kain atau putik kapas untuk mengeringkannya.

Iklan

      6. tempat simpanan

Sediakan tempat simpanan jam yang baik. Jangan biarkan terdedah di luar, kerana habuk mudah melekat. Jika terlalu dibiarkan, kemungkinan boleh menyebabkan warna jam tidak menyerlah atau pudar.

Okey? Moga bermanfaat! Selamat mencuba!