AIDILFITRI tidak lama lagi akan menjelma.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah yang paling ditunggu-tunggu bagi seluruh umat Islam.

SinarPlus percaya pasti korang telah siap sedia mencari segala kelengkapan raya bukan?

Eh tak lengkap pula raya korang kalau tak ada duit raya kan!

Sebut pasal duit raya, mesti korang malas nak beratur panjang semata-mata nak menukarnya.

Namun kini korang kena tahu ni, untuk menukar duit raya bernilai RM10, RM20 dan RM50 hanya perlu ke mesin auto teller machine atau ATM!

Mudah dan cepat sahaja prosesnya kerana tidak perlu beratur menunggu giliran kaunter bank!

Baca juga: Berita gembira buat penjawat awam. PM umum bantuan khas kewangan Aidilfitri RM500

Bersama ini dikongsikan cara untuk menukar duit raya 2021 menerusi perkongsian lelaki yang dikenali sebagai Mohd Shukur di Facebook.

1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat (cawangan Maybank yang terpilih sahaja), pilih mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini’ yang boleh korang dapatkan duit raya baru.

2. Tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.

3. Jumlah maksimum adalah RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 serba wangi dari mesin tersebut.

4. Mintak sampul raya daripada kaunter depan.

Lokasi cawangan bank yang terpilih

Mohd Shukur juga turut berkongsi senarai lokasi mesin ATM Maybank yang menyokong penukaran duit raya di mesin ATM.

KUALA LUMPUR

  1. Maybank KL
  2. Jalan Pudu
  3. Jalan Kelang Lama
  4. Bangsar Baru
  5. Bangsar Shopping Centre
  6. Jalan Raja Laut
  7. Dataran Maybank
  8. Taman Tun Dr Ismail
  9. KLCC
  10. Sri Hartamas
  11. Sri Petaling
  12. Alam Damai
  13. Desa Park City
  14. Mont Kiara

JOHOR

  1. Jalan Tebrau
  2. Taman Universiti
  3. Nusa Bestari

KEDAH

  1. Alor Setar Main
  2. Jitra
  3. Mergong
  4. Lagenda Heights

KELANTAN

  1. Kota Bharu Auto Finance Centre
  2. Kota Bharu
  3. Kuala Krai
  4. Kubang Kerian

MELAKA

Iklan
  1. Melaka Main
  2. Alor Gajah
  3. Taman Malim Jaya
  4. Ayer Keroh

Cara tukar duit raya di mesin ATM, mudah dan cepat!

NEGERI SEMBILAN

  1. Seremban
  2. Kuala Pilah
  3. Port Dickson
  4. Nilai
  5. Senawang

PAHANG

  • Kuantan Main
  • Mentakab
  • Temerloh
  • Bukit Ubi
  • Jalan Beserah

PULAU PINANG

  • Penang Main
  • Jelutong
  • Penang Road
  • Pulau Tikus
  • Bandar Perda Bukii Mertajam
  • Butterworth
  • Kampung Bharu
  • Bayan Lepas
  • Prai Industrial Estate
  • Juru
  • Queensbay Mall

PERAK

Iklan
  • Jalan Sultan Idris Shah
  • Tanjung Malim
  • Setiawan
  • Maybank Islamic Gunung Rapat

SABAH

  • Inanam
  • Jalan Perpaduan Kota Kinabalu
  • Lintas Square
  • Putatan

SARAWAK

  • Kuching Main
  • Kota Sentosa
  • Wisma Satok
  • Tabuan Jaya
  • Matang Jaya

SELANGOR

  • Rawang
  • Kajang
  • Shah Alam Main
  • Bandar Ampang
  • Taman Melawati
  • Seksyen 18 Shah Alam
  • Bandar Baru Bangi
  • Seksyen 20 Shah Alam
  • Puchong Jaya
  • USJ Subang SC
  • Cheras Selatan
  • Taman Sri Gombak
  • Ampang Point
  • Gizi Kota Damansara
  • Kota Kemuning
  • Setia Alam
  • Petaling Jaya Main
  • Kinrara
  • Putrajaya
  • Shaftsbury Cyberjaya
  • Aeon Mall Shah Alam
  • Petronas Jalan Kolam Air Ampang

Terengganu

  • Kuala Terengganu
  • Kerteh
  • Paka
  • Dungun

Semoga bermanfaat!