Cecair hitam keluar dari hidung anak kecil, rupanya ada ‘benda’… Ibu trauma beri pesanan

June 14, 2020
Azimah

BUAT ibu bapa yang mempunyai anak kecil, sentiasalah memantau dan prihatin dengan sebarang perubahan pada diri si cahaya mata kita itu.

Kadang anak yang belum tahu akan bahaya di sekelilingnya itu akan mengalami dan berbuat sesuatu di luar jangkaan kita.

Sudah banyak kejadian anak suka menelan sesuatu ke dalam mulut hingga mengundang bahaya seperti tercekik dan seumpamanya.

Jangan lupa, satu lagi ‘tempat digemari’ oleh anak kecil untuk ‘bereksperimen’ adalah memasukkan sesuatu ke dalam lubang hidung!

Sudah tentulah ‘bendasing’ yang cuba dimasukkan ke ‘gua kecil’ tersebut berupa benda halus yang sukar disedari oleh ibu bapa.

Jika ‘benda alah’ berkenaan mudah keluar semula tak mengapa. Begitupun, jika ia tersangkut dan mengundang bahaya, sudah tentu kesannya sukar digambarkan.

Itulah yang berlaku kepada ibu bernama Nur Atirah Atika Alias, 24, dan pasangannya Mohamad Khairul Rizduan Mayeeding, 24, dari Puchong Indah, Selangor ini kepada anak kecil mereka.

Kejadian akibat si anak memasukkan benda kecil ke dalam lubang hidung bukan sahaja menimbulkan trauma pada Nur Aura Darwiysa, 4, tetapi beliau dan suaminya juga.

Malangnya ia hanya disedari selepas anaknya Nur Aura mengalami demam dan keluar cecair hitam dari dalam lubang hidung. Apa puncanya?

Kejadian bermula sejak 31 Mei lalu hingga kelmarin yang dikongsikannya diharapnya dapat menjadi iktibar kepada ibu bapa yang lain di luar sana. Berikut kronologi kejadian yang dicoretkannya.

“Tak dapat saya dan suami nak lupakan…bagaikan mimpi ngeri sahaja..Tetapi apakan daya..Allah telah tetapkn takdir begitu buat kakak Aura (anak). Hanya ALLAH sahaja tahu bagaimana perasan saya ketika itu.

“Sedikit cerita untuk mak-mak dan ayah dekat luar sana…. Berhati-hati dan sila ambik berat jika sesuatu begini terjadi dekat anak-anak kecil,” kongsinya dengan SinarPlus.

30 Mei 2020
Petang pukul 3 lebih mama tengok kakak tengah asyik korek hidung dengan jari telunjuk…mama tegur “kakak jangan korek hidung dengan jari telunjuk, nanti besar lubsng hidung kakak”.
Kakak teruskan korek tsnpa hiraukan mama bagitahu😞
Selepas beberapa jam
Petang 👉🏻pukul 4 lebih…kakak ngadu sakit hidung. Mama minta nak tengok dia tak kasi, malah dia teruskan korek dan menangis cakap sakit. Hingus mula keluar belah hidung kiri.

Mama paksa tengok dengan lampu telefon. Tak ada benda apa-apa melainkan hingus dia yang keluar. Mama minta dia buang hingus dalam bilik air.

Lepas buang hingus, mama tengk dia ok dan bermain seperti biasa. Mama tak syak apa-apa. Mungkin sebab dia korek terlalu dalam. Hanya fikir begitu sahaja.

Malam dalam👉 pukul 7 lebih…dia nampk lain. Badan panas dan dia cakap sejuk. Lepas tu hidung dia mula bercmpur dengan cecair wrna hitam. Mama ingat darah beku mungkin sebab dia korek tadi terlalu dalam…🤔🤔…

👉🏻 Pukul 11 lebih semakin banyak sikit cecair warna hitam. Mama cium tau bau apa-apa. Hanya ingat darah beku lagi.

👉🏻Kakak tak dapat nak tidur, tubuh semakin panas. Mama paksa papa bagi kakak ubat. Setelah itu, kakak dapat tidur kejap tetapi tdak lena seperti biasa, hanya tidur-tidur ayam sahaja sampailah pukul 4 pagi baru dia tidur lena sampai ke pagi…

31 Mei 2020

Pukul 7 pagi…mama tak sedap hati sebab tengok cecair hitam masih keluar. Mama sapu dengan kain lapin dan cium tapi tak bau apa-apa.
Minta adik lelaki cium…dia cakap bau mcam asap rokok. Tapi mama masih tak puas hati dan rasa tak sedap duduk terus ajak papa pergi klinik swasta. Bila daftar, klink swasta tu tak terima sebab suhu badan kakak dah panas sangat. Mungkin sebab dia tahan sakit hidung tu.

Dalam pukul 9 👉🏻 terus mama n papa bawa kakak ke Hospital Serdang. Sampai sahaja Hospital Serdang, papa terus bawa kakak pergi dekat kecemasan.

Daftar semua terus pergi jumpa doktor. Doktor pun tak pasti benda apa cecair hitam tu. Lepas tu doktor minta nak X-ray. Bila smpai ke bilik X-ray, doktor bagi tahu ada benda bulat dalam hidung kakak. Benda bulat tu kecil, dah duduk dekat dalam dah sebab tu tak nampak 😭😭

Bila tengok betul-betul, doktor bagi tahu benda bulat tu adalah “BATERI JAM YANG KECIL TU”.
Time ni hanya ALLAH saja tahu mcm mane kami berdua. Tanpa sedar, air mata mengalir dengan laju 😭😭😭😭

Mama tak tahu kakak ambik dekat mana bateri jam tu dan sempat sumbat dalam hidung. Padahal mama sentiasa perhatikan kakak. Hanya sekelip mata ALLAH NAK UJI mama…tanpa melihat…😭😭…

Doktor minta nak korek dengan besi dan wayar. Time tu mama tak dapat nak masuk sebb Aril mama bawa. Mama terpaksa tunggu dalam kereta…😭😭 Kakak hanya bertemankan papa sahaja dan doktor yang terpaksa pegang kakak untuk korek bateri jam tu. Kakak menangis tanpa henti. Bayangkan kita kena cek Covid pun dah sakit. Dia kena korek dengan wayar dan besi 😭😭😭😭😭😭 …..Mama hanya mampu berdoa sahaja ketika itu.

Setelah beberapa minit mama call papa. Papa bagi tahu dah siap, bateri pun dah keluar. Alhamdulillah syukur sangt rasa time tu🤲🏻🤲🏻🤲🏻… Hsnya ALLAH sahaja tahu macan mane rasa. Papa bagi tahu doktor cakap bateri jam ni bahaya sikit sebab dia boleh menghakis. Sebab tu dia keluar cecair warna hitam dan doktor pesan suruh cuci sehari banyk kali pun tak apa… Antibiotik semnggu kakak kena habiskan..
4/6 kakak kena apoinment dengan doktor lagi sebab nak tengok ok ke tak.

4 Jun 2020

Bila pergi, doktor tengok ada lagi kesan hitam tu. Walaupun mama dan papa cuci dia ada lagi. Mungkn ubat cuci tak kuat sangat. So doktor minta dengan papa nak cuci lagi. Kakak dah mula menangs sebab takut. Dia dah trauma.. Memalam tidur pun mimpi taknak2 😭😭😭 Papa pegang kakak kuat-kuat, paksa lagi.

Kakak nangis tak henti sampailah dia terasa ok mase doktor cuci, dia berhnti menngis dengan sendiri. Doktor ni bagi ubat lain lagi… Minta cuci setiap hari lagi.

11 Jun 2020

👉🏻 hari ni… Bila sampai je hospital tadi doktor cek dengan camera. Dia cakap dalm hidung kakak ada lagi bekas kesan bateri. So kena cuci lagi. Kakak dah nangis lagi. Mama tak dapat nak bayangkn macam mana.

Setiap minggu kakak hanya bertemankan papa… Ujian buat kakak. Kakak kena kuat ye…💪💪💪 InsyaAllah minggu depan kita pergi, kakak dah ok dan dah sembuh.

“Sahabat Tirah doakan semga kakak Aura cepat sembuh ye…

“Jika sesuatu terjadi dekat anak-anak sahabat Tirah macam tu tolong cepat bawa gi hospital. Jika terlambat bahaya. Boleh menghakis nanti
Masuk manik takpe lagi..,” pesan ibu kepada dua anak ini.

Moga perkongsian Nur Atirah ini mendapat manfaat ya. -AG #JanganPutusAsaMalaysia

About Azimah

Biodata Penulis