KEJADIAN buli dan tingkah laku ganas di sekolah-sekolah terutamanya sekolah berasrama penuh bukanlah benda baharu.

Ia seperti tidak bertemu titik nokhtah. Buli bukanlah isu yang kecil namun jika tidak dibendung awal ia boleh membunuh!

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Seperti kejadian terbaru, seorang pelajar lelaki cedera setelah dipercayai dipukul senior dalam kejadian di sebuah asrama sekolah di Melaka Tengah, Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berikut enam fakta berkenaan kejadiannya.

1. Kejadian itu didakwa berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika mangsa pelajar Tingkat Empat dipanggil untuk berjumpa dengan pelajar Tingkatan Lima di sebuah bilik asrama.

Baca juga Ketahui 11 fakta ringkas Sekolahku Sejahtera, inisiatif untuk tangani buli

Iklan

2. Dikatakan terdapat kira-kira 10 pelajar senior mengelilingi mangsa dan mereka bertanyakan mengenai hal berkaitan rokok elektronik, sebelum mangsa didakwa dipukul beramai-ramai selepas tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Iklan

3. Siasatan awal mendapati, punca kejadian berkenaan dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati kerana meminati pelajar perempuan yang sama.

4. Laporan polis dibuat kira-kira jam 5.15 petang semalam oleh abang mangsa berusia 27 tahun selepas mengetahui kejadian menimpa adiknya itu.

Baca juga Tular deretan kereta di lorong kecemasan lebuh raya, polis buru ketua kelab

5. Semua pelajar senior yang didakwa memukul mangsa sudah diambil keterangan oleh polis.

6. Bagaimanapun, sehingga kini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Kejadian-kejadian sebegini amat membimbangkan dan ia harus dipandang serius oleh semua pihak.