BARU-BARU ini tular di media sosial beberapa keping foto yang memaparkan deretan kereta di lorong kecemasan di satu kawasan lebuh raya.

Apa yang menjadi pertikaian ramai, deretan kereta itu memenuhi kedua-dua arah lebuh raya tersebut.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Difahamkan situasi itu semata-mata untuk membuat sesi fotografi kelab kereta. Sangat membahayakan!

Justeru, polis akan memanggil sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai Supurintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berikut keterangannya;

1. Kejadian kereta berkumpul di lorong kecemasan itu di Lebuhraya Temiang-Pantai dekat Seremban.

2. Pihak polis mengesan hantaran menerusi Facebook yang memaparkan sekumpulan individu daripada sebuah kelab kereta memberhentikan kereta untuk bergambar di lebuh raya berkenaan kira-kira 6.30 petang, Sabtu lepas.

3. Untuk permulaan polis akan memanggil ketua kelab itu. Kira-kira 48 kereta telah dikenal pasti setakat ini.

4. Berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tanpa sebab yang munasabah seperti yang tular itu merupakan satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

5. Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu mengikut Kaedah 53(1) Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu tiada kenderaan daripada apa-apa kelas diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

Iklan

6. Hukuman denda juga boleh dikenakan ke atas individu yang terlibat di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

7. Mohd Fazley menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.

8. Perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan akan dilakukan bagi menyelaraskan tindakan lanjut selain cadangan bagi menyediakan tempat khusus di kawasan berkenaan untuk orang ramai bergambar serta menjaja.

Baca juga Tiada PKP menjelang Aidilfitri hanya PKPD kawasan terlibat, orang ramai lega

Iklan

9. Lebuhraya Temiang-Pantai merupakan lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk mengambil gambar kerana keindahan pemandangan di lokasi terbabit tetapi tindakan mengambil gambar seperti yang tular itu boleh mengundang bahaya.

Begitulah apabila melibatkan jalan raya, ramai pengguna yang akan melalui kawasan tersebut. Jauhilah aktiviti yang boleh mengundang bahaya seperti kemalangan.