PENULARAN wabak Covid-19 yang semakin “mengganas” dengan peningkatan kes mendadak amat membimbangkan. Kementerian Kesihatan cadang tangguh rentas negeri Aidilfitri manakala pihak polis memperketat rentas negeri berkuatkuasa serta merta.

Bagi yang telah lama menyimpan hasrat beraya di kampung halaman dan mengharapkan kebenaran untuk merentas negeri menjelang Aidilfitri nanti, kenyataan ini mungkin mendukacitakan.

 

Banyak laporan ketidakpatuhan SOP

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataannya kepada media tempatan mengumumkan keputusan itu diambil setelah mendapati penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan.

“Kerajaan sebenarnya menerima banyak aduan mengenai ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar ramadan di beberapa lokasi di seluruh negara. Kerajaan memandang serius kerana penularan wabak Covid-19 masih di tahap membimbangkan.

“Pihak kerajaan dan masyarakat merayu supaya kebenaran untuk merentas negeri Aidilfitri ini ditangguhkan untuk membendung wabak maut Covid-19.

“Untuk membendung penularan wabak Covid19 ini PBT akan mengambil tindakan sewajarnya di dalam kawasan masing-masing memastikan perlaksaan SOP yang dikeluarkn oleh Majlis keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Oleh itu KKM menasihatkan agar semua pihak bekerjasama mengamalkan norma baru dan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membendung jangkitan Covid-19,” kata Adham.

Rentas negeri diperketat serta merta

Artikel berkaitan: Rentas Negeri? Bersabar, Masanya Akan Tiba…

Selepas kenyataan daripada KKM dikeluarkan, tular di media sosial kenyataan daripada rakaman foto arahan Ketua Polis Negara berkenaan rentas negeri yang diperketatkan berkuatkuasa 15 April 2021.

Iklan

Permohonan kebenaran merentas negeri tertakluk kepada tiga situasi iaitu kecemasan melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja dengan melampirkan dokumen sokongan, kematian serta pasangan jarak jauh.

Permohonan kebenaran rentas negeri bagi tujuan menghadiri perkahwinan dan lain-lain kenduri tidak dibenarkan.

Warganet kecewa tapi pasrah

Kebanyakan warganet memberikan respons kecewa namun pasrah kepada cadangan yang dinyatakan oleh KKM itu. Tidak kurang juga yang seakan-akan tidak dapat menerima keputusan tersebut lantaran penguatkuasaan larangan rentas negeri yang lama.

 

Iklan

Diharapkan dengan ini kita dapat bersama-sama bergandingan mematuhi SOP. Semoga penularan Covid-19 dapat dibendung. Lindungi diri, kita jaga kita.

Sumber: Dr Adham Baba , Facebook KKM & Telegram Covid_19Malaysia