SEMUA maklum bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara masih tidak membenarkan aktiviti merentas negeri.

Namun, kerajaan masih memberi kelonggaran kepada orang ramai yang mempunyai kecemasan seperti kematian dengan syarat mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Walaupun begitu, orang ramai perlu patuhi SOP sepenuhnya untuk melindungi keselamatan diri dan ahli keluarga.

Jika mendapati diri kita kurang sihat dan bergejala, langkah paling selamat untuk diri sendiri dan orang lain ialah tidak perlu rentas negeri.

Walaupun jumlah kes jangkitan baharu menunjukkan trend penurunan, namun belum tiba masanya untuk kita rentas negeri kerana pandemik ini masih bahaya dan jangkitan sangat mudah berlaku.

Seperti yang terjadi di Terengganu, bermula majlis tahlil yang dihadiri 45 ahli keluarga termasuk dari Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang, akhirnya menjadi satu kluster apabila 15 daripada mereka itu disahkan positif Covid-19.

Dan kini, kontak rapat keluarga telah menjangkiti kontak rapat di tempat kerja serta kontak rapat sosial termasuk geng jogging dan geng main golf.

Hati-hati, individu ingkar SOP Covid-19 berdepan denda RM10,000 mulai hari ini

Kluster Bukit Bayas adalah kluster rentas negeri yang terbaharu di Terengganu melibatkan 48 kes positif setakat 12 Mac dan merebak di lima daerah.

Bak kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, patuhi SOP ketika ziarah ahli keluarga meninggal.

“Kita tak pernah kata tak boleh balik untuk ziarah ahli keluarga yang meninggal atau atas sebab yang lain. Tapi baliklah dengan berhati-hati dan patuh SOP sepenuhnya.

“Jika tak mampu nak patuh, elak itu lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan mengulas Kluster Bukit Bayas.

Sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku di Besut, apabila ahli keluarga dari Kuantan dan Johor balik menziarahi nenek yang berusia 100 tahun yang sakit tua.

Iklan

Lima ahli keluarga itu telah dikesan positif Covid-19 termasuk nenek yang sedang uzur itu dan akhirnya meninggal dunia.

Selain itu, kluster Pasai di Sarawak juga kluster rentas negeri melibatkan kes indeks dari Johor balik ke Sibu bagi menghadiri pengebumian mendiang bapanya dan menyebarkan jangkitan ke rumah-rumah panjang.

Baca juga Hati-hati, individu ingkar SOP Covid-19 berdepan denda RM10,000 mulai hari ini

Iklan

Lebih 2,600 dikesan positif dan sehingga kini, kluster itu masih aktif dan merebak hingga generasi keenam.

Dua kluster ini menjadi contoh mengapa pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Ambillah iktibar, terus amalkan SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Sumber: KKM