Covid-19: Penemuan baru hasil bedah siasat ke atas pesakit yang mengejutkan

No Image Caption
A
A
A

KAJIAN mengenai Covid-19 yang baru sahaja diterbitkan oleh Jurnal Perubatan New England telah didedahkan dan berlaku beberapa kesan sampingan lain kepada pesakit akibat wabak berkenaan.

Kajian tersebut menunjukkan hasil post-mortem pesakit secara kasar sehinggalah ke mikroskop elektron.

Kesan daripada penyakit itu, terdapat beberapa penemuan baru iaitu:

1. Kerosakan paru-paru yang sangat teruk berbanding paru-paru normal

Kajian tersebut telah mendedahkan paru-paru pesakit Covid-19 kelihatan sangat berair dan berat paru-paru juga meningkat.

Dalam masa yang sama, kelihatan banyak radang yang ‘singgah’ di paru-paru pesakit.

2. Dinding salur darah paru-paru yang rosak

Apabila dilihat melalui mikroskop, tisu paru-paru dan keliling salur darah dipenuhi dengan sel darah putih iaitu membentuk sel bernukleus bulat dan hitam.

Bukan itu sahaja, kajian tersebut turut menjelaskan berlakunya kerosakan tisu paru-paru dan dinding salur darah.

3. Pembentukan darah beku

Darah beku wajud di kapilari kecil yang dikenali sebagai microthrombi dan akan menyebabkan sel darah merah terkeluar dari salur kapilari.

Microthrombi boleh menyebabkan salur darah tersumbat dan jika merebak ke tempat lain, ia boleh menyebabkan strok atau serangan jantung.

4. Pembentukan saluran darah baru akibat daripada kerosakan salur darah sedia ada

Paru-paru pesakit Covid-19 mengalami kerosakan mikrovaskular, seolah-olah berkarat dan bergerutu disebabkan kapilari darah yang rosak dan tersumbat lalu ia akan cuba untuk mewujudkan salur darah baru dengan membuat ‘jalan lain’ namun sangat rapuh.

Ia dikenali sebagai intussusceptive angiogenesis.

Jadi, buat orang ramai, kini anda sudah jelas mengapa pesakit Covid-19 mengalami gejala batuk, sesak nafas dan komplikasi jantung dan strok kan?

Oleh itu, patuhlah kepada arahan pemimpin negara dan pihak berkuasa kerana mereka telah melakukan yang terbaik untuk menghentikan penularan wabak itu.

Jika ia gagal, bermakna sikap kita sendirilah yang menjadi puncanya.

Sehingga semalam, Malaysia telah mencatat 7,619 kes keseluruhan akibat wabak Covid-19 dengan 6,083 jumlah kes telah sembuh dan 115 kematian.

Sumber: Jurnal Perubatan New England (NEJM) dan Public Health Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca