TERDAHULU, seperti yang dilaporkan media tempatan, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dijadikan kawasan pusat kuarantin khusus untuk kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dikenal pasti positif wabak Covid-19.

Saringan Covid-19 juga akan dilaksanakan secara menyeluruh dengan setiap PATI termasuk pegawai imigresen dan mereka yang ada kaitan dengan operasi depoh itu menjalani ujian swab.

Terbaharu, kini pusat kuarantin tersebut secara rasminya ditutup seperti apa yang dikongsi sendiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di akuan Facebook rasminya hari ini.

Covid-19: Pesakit terakhir dibenarkan pulang hari ini, tutup terus pusat kuarantin

Wah, nampaknya ini satu berita baik dan petanda yang sangat positif terhadap isu yang negara sedang harungi bagi proses pemulihan pandemik Covid-19.

Iklan

Untuk pengetahuan umum, ini sedikit sebanyak kronologi detik bersejarah tersebut sehingga ia berjaya ditamatkan operasi :

  • Mula beroperasi pada 25 Mac lalu.
  • Hanya menerima tiga pesakit dari Hospital Kuala Lumpur pada peringkat awal operasi.
  • Beroperasi selama 108 hari sebelum ditutup secara rasmi.
  • Menerima seramai 687 pesakit yang ditempatkan di sini. (bilangan tertinggi yang dicatatkan sepanjang operasi pusat ini).
  • Seorang pesakit terakhir discaj dan dibenarkan pulang pada hari ini secara tidak langsung pusat tersebut menghentikan operasi dengan serta merta.

Tahniah buat petugas barisan hadapan negara yang turut terlibat dan syabas rakyat Malaysia!

Iklan

Covid-19: Pesakit terakhir dibenarkan pulang hari ini, tutup terus pusat kuarantin