CANGGIH! Pandemik virus Covid-19 telah mengubah pola interaksi sesama manusia yang mana beberapa tugas yang dilakukan manusia kini diganti oleh robot.

Negara-negara maju menggunakan kecanggihan teknologi yang ada dengan menjadikan robot sebagai pelayan di restoran.

Sebuah restoran di Dadawan, Maastricht, Belanda, trio robot pramusaji bernama Amy, Aker dan James kini menggalas tugas penting apabila ia menjadi penghantar minuman kepada pengunjung. Ini bertujuan untuk mengurangkan kontak sentuhan fizikal.

Setiap robot tersebut direka lengkap dengan dua belah tangan yang membolehkan ia menghantar pesanan dan membawa wang baki kepada pelanggan.

Penampilan sederhana di bahagian wajah mereka memperlihatkan senyuman dan adakalanya menunjukkan ekspresi muram. Adalah yang tak kena tu. Robot pun pandai moody tau! Haha!

Robot tersebut juga mampu bercakap seperti :

“Hai, ini pesanan anda. Tolong ambil wang baki dari saya. Saya akan kembali secara automatik dalam masa 20 saat,” kata Amy kepada dua pengunjung yang duduk di restoran, setelah menyajikan dua gelas teh ais.

Menurut laporan Reuters, pengunjung harus mengambil sendiri minuman mereka dan robot hanya ditugaskan sebagai penghantar pesanan sahaja.

Robot-robot tersebut juga tidak sepenuhnya mampu untuk mengambil piring makanan atau bekas minuman sendiri. Mereka tetap memerlukan bantuan manusia untuk melakukannya.

Iklan

Walaupun robot pelayan telah diperkenalkan di China beberapa tahun lalu, kini teknologi itu mula diterima pakai oleh beberapa buah negara lain termasuk Singapura.

Kini, layanan robot hanya boleh ditugaskan untuk menghantar pesanan minuman. Ramai pemilik restoran berharap agar ia mampu dimanfaatkan dengan lebih bervariasi.

Iklan

Seperti yang sedia maklum, memilih robot sebagai pekerja memang praktikal, namun tentu saja kos biaya yang perlu dikeluarkan juga agak tinggi.

Tapi, itu juga satu pelaburan. Keuntungan lain menggunakan robot pelayan, majikan sudah tentu tak perlu fikirkan soal kenaikan gaji, bonus atau cuti sakit. Betul tak? Selamat bekerja robot semua!