Covid-19: UPNM guna daftar online pelajar baharu, ikut saranan KPT

SEPERTI ramai sedia maklum, akibat dek penularan dan peningkatan kes positif Covid-19 yang mendadak sejak beberapa hari ini, institusi pengajian tinggi (IPT) terpaksa mengambil pendekatan dengan menangguhkan sesi pendaftaran pelajar baru.

A

Terbaharu, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) juga melakukan perkara yang sama.

Pendaftaran dan kemasukan pelajar baharu Program Sarjana Muda dan pelajar lama secara fizikal bagi sesi akademik 2020/2021 kini ditangguhkan.

UPNM dalam kenyataannya memaklumkan selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), penangguhan pendaftaran secara fizikal pada Sabtu dan Ahad lepas dilaksanakan serta pendaftaran pelajar secara dalam talian dilakukan melibatkan 920 orang pelajar Sarjana Muda.

"UPNM terus fokus kepada aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian. Ini termasuklah program-program khas dalam talian untuk pelajar baharu.

“Daripada jumlah itu, seramai 58 penuntut awam sudah mendaftar secara fizikal memandangkan mereka datang dari jauh serta berada di sekitar Kuala Lumpur dan ia dilakukan mengikut garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara," katanya.

Dalam pada itu, UPNM memaklumkan Mod PdP dalam talian ini akan diteruskan mengikut kesesuaian dan keadaan semasa Covid-19 dan pelajar akan dibenarkan kembali ke kampus sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Selain itu sebagai langkah keselamatan, kakitangan UPNM diminta menangguhkan sebarang lawatan atau perjalanan ke kawasan berisiko tinggi dan mereka yang pulang daripada kawasan berkenaan, perlu memaklumkan maklumat perjalanan dan melakukan kuarantin kendiri di rumah.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pensyarah dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPNM juga bergerak aktif dalam memberikan sokongan moral serta bantuan kebajikan kepada pelajar terjejas.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca