Cream cracker dihasil, dipasarkan di Malaysia selamat, kenyataan syarikat jenama biskut terima pelbagai reaksi pengguna

October 25, 2021
Oleh Azma ML

MENURUT Kamus Dewan Edisi Keempat, karsinogen ialah sebarang agen yang mengakibatkan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup.

Hal ini disebabkan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Justeru, kandungan ini perlu dielakkan sama sekali.

Isu berkenaan kandungan bahan karsinogenik didakwa terkandung dalam biskut jenama tempatan menjadi bualan ramai akhir-akhir ini. Tidak sekadar itu, ia turut menimbulkan kebimbangan dan keresahan para pengguna.

Foto: Freepik

Hup Seng Makanan Malaysia Sendirian Berhad dalam kenyataannya pada Ahad memberikan kenyataan berhubung Tuduhan dari Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) pada hasil pemeriksaan biskut keluarannya.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan anda atas laporan HKCC tentang produk kami.

“Semenjak tahun 1958, sebagai pengilang biskut yang mengambil berat tentang tanggungjawab sosial, kualiti dan keselamatan produk adalah keutamaan kami,” katanya.

Dalam pada itu, syarikat yang terletak di Batu Pahat, Johor turut menyatakan produknya selamat.

“Kami ingin memaklumkan bahawa‘Special Cream Cracker’yang dihasilkan dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat dimakan dan selaras dengan regulasi tempatan, standard kualiti keselamatan makanan," katanya.

Pihaknya turut sediabekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

Terdahulu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan verifikasi di premis kilang biskut popular susulan terdapat laporan mendakwa biskut itu yang dijual di Hong Kong mengandungi karsinogen.

Iklan

Lapor Sinar Harian, BKKM dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan, setiap premis pengeluaran makanan di Malaysia diwajibkan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan (PKJKM) seperti Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Amalan Perkilangan Baik (GMP), Titik Kawalan Kritikal Analisis Hazard (HACCP) dan lain sebagaimana ditetapkan oleh Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Foto: Freepik

"Pelaksanaan PJKM dapat mengenalpasti risiko bahaya seterusnya mengurangkan atau menyingkirkan pencemaran makanan," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Kata kenyataan itu, siasatan awal mendapati premis kilang tersebut adalah pemegang sijil HACCP KKM.

"Bahagian ini mengambil maklum terbitan Choice Magazine di dalam laman web Persatuan Pengguna Hong Kong berkaitan pemantauan terhadap 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut yang dijual di pasaran Hong Kong," kata kenyataan itu.

Untuk pengetahuan semua, asbestos, benzena, vinil klorida dan etil eter adalah antara bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanser dalam sel dan tisu hidup.

Iklan

Ini disebabkan kebolehan bahan-bahan ini merosakkan DNA atau mengganggu proses metabolik sel.

Dalam pada itu, warga maya berkongsi momen bersama biskut itu.

Namun wujud juga netizen yang memohon agar laporan ujian makmal didedahkan segera.

Baca juga: KJ Dedah 10 Hari Sempadan Dibuka, Pesakit Covid-19 Tahap 3, 4, 5 Di KL, Selangor, Putrajaya Meningkat

Baca juga: Bill Gates Terima Menantu Muslim, Atlet Ekuestrian Mesir, Berikut 5 Fakta Mengenainya

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Facebook Hup Seng, Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *