PERASAN tak kebelakangan ni cuaca terasa bahangnya, sehinggakan terdedah sedikit kepada cahaya matahari dah bermandi peluh.

Kan seronok kalau dapat sejukkan tubuh di tempat yang mempunyai penyaman udara (aircond).

Apabila persekitaran sejuk, nak buat kerja pun rasa selasa dan tenang je.

Namun, ingin diingatkan kepada mereka yang mempunyai alat penyejuk itu, amatlah penting untuk diselenggarakan dengan kerap.

Kalau jarang dibersihkan, risau pula nanti tengah nak sejukkan badan tiba-tiba rosak pula. Haa… kan dah jadi satu masalah.

Justeru, SinarPlus pada kali ini ingin berkongsikan tujuh tip penjagaan pendingin hawa, ini yang perlu diketahui.

1. Gunakan aircond yang horse power(hp) sesuai dengan sesebuah ruangan supaya alatan itu tidak perlu bekerja keras untuk mendinginkan ruangan tersebut.

2. Pastikan tiada ruangan terbuka sewaktu penyaman udara dibuka. Perkara ini penting kerana jika terdapat ruangan terbuka yang membolehkan udara keluar, ia akan melambat proses penyejukan ruangan.

Baca juga: Hanya 15 minit, badan boleh diserang strok haba. Waspada!

3. Pastikan pendingin hawa sentiasa ditutup sewaktu tiada sesiapa menggunakannya supaya tidak berlakunya pembaziran.

4. Gunakan tetapan pemasa mengikut waktu yang diperlukan. Contohnya, tetapkan selama lima jam penyaman udara dibuka dan akan dimatikan secara automatik. Ini antara langkah penjagaan yang baik supaya tak beri tekanan kerja yang banyak.

Iklan

5. Elakkan tetapan dengan suhu yang begitu rendah kerana ia akan membuat mesin penyaman udara cepat panas.

6. Lakukan penyelenggaran pada bahagian dalam penyaman udara dengan kerap seperti satu atau dua kali dalam tempoh sebulan. Perkara ini penting untuk mengekalkan udara yang bersih.

7. Lakukan pemeriksaan berkala terhadap gas freon yang terdapat dalam pendingin hawa. Jika gas itu bocor maka penyaman udara tidak sejuk.
Sebaiknya setiap enam bulan, upah juruteknik untuk membersihkan aircond bukan sahaja di dalam tetapi juga blower yang terdapat di luar rumah.

Iklan

Sumber: Cleanipedia

Baca juga: ‘On’ aircond sekali kipas, rumah tak sejuk, bil melambung, ini sebabnya

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI