Cuaca panas dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini
MALAYSIA kini berada pada fasa akhir Monsum Timur Laut. Oleh itu, dalam tempoh ini, taburan hujan di semenanjung Malaysia terutamanya di utara Semenanjung agak rendah.
Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan cuaca panas akan berteruskan sehingga pertengahan Mac 2021.
Walau bagaimanapun, MET Malaysia menjangkakan tiada berlaku peningkatan suhu atau cuaca panas luar biasa akan berlaku kali ini.
MET Malaysia dalam kenyataan mengatakan keadaan ini merupakan fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun.
Jika buat perbandingan, suhu Februari tahun 2021 adalah 36.2°C yang mana lebih rendah berbanding Februari tahun 2020 iaitu pada suhu 37.4°C.
Menurutnya, cuaca panas ini dijangka beransur reda bermula pertengahan April 2021.
Justeru, sepanjang tempoh cuaca panas ini, semua pihak dinasihatkan supaya elakkan aktiviti pembakaran terbuka dan kurangkan aktiviti-aktiviti di luar serta minum air secukupnya.
Sementara itu, menurut portal infosihat, keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
Oleh itu, ini cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan. Jangan tunggu sehingga dahaga.
- Sejauh yang mana yang boleh, perlu berada di dalam rumah atau bangunan.
- Hadkan aktiviti luar.
- Kerap berehat.
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan.
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar.
Sementara itu, elakkan;
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
- Bersenam dalam cuaca panas
Baca juga Dah sedia ke terima suntikan vaksin Covid19? Ini 18 langkah yang perlu kita tahu
Jika korang mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, boleh lakukan ini
- Keluar dari kawasan yang panas.
- Tanggalkan pakaian yang ketat.
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan.
- Minum air setiap 15 minit.
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.
Justeru, hati-hati dalam semua perkara. Perhatikan anak-anak di musim tidak menentu ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang