Cuaca panas, pelajar dibenar pakai t-shirt sukan setiap hari, 14 info ibu perlu tahu

PENINGKATAN suhu persekitaran dan gelombang haba yang sedang dihadapi pada masa kini kian membimbangkan dan mengancam kehidupan.

Sana-sini membicarakan soal cuaca panas yang membahang. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca panas dijangka berpanjangan hingga Ogos susulan musim Peralihan Monsun.

Status cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) dengan peningkatan suhu meningkat ke 35 hingga 37 darjah Celcius diramal berlaku terutamanya di kawasan Utara dan Pantai Timur.

Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan pihaknya memberikan kelonggaran kepada warga sekolah termasuk pelajar dan guru untuk memakai t-shirt sukan setiap hari semasa sesi persekolahan.

Baca juga Strok haba: Ibu bapa jangan abai tanda anak sakit ketika cuaca panas elak hilang nyawa

Kredit foto: Freepik

Menurut portal tempatan, berikut 10 info berkaitan;

1. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak akan dilaksanakan sekiranya ada sekolah yang memohon penutupan sekolah untuk sementara waktu berikutan cuaca panas melampau.

2. Bagaimanapun, hari persekolahan mungkin diganti mengikut tarikh yang akan ditentukan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

3. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum), Kementerian Pendidikan (KPM), Dr Ahmad Rafee Che Kassim, berkata perkara itu terkandung dalam garis panduan yang sudah dikeluarkan KPM sebelum ini.

4. Apabila sekolah ditutup, pihaknya akan lihat sejauh mana (situasinya). Kalau tempohnya panjang, KPM akan lihat mekanisme (dilaksanakan) sebelum ini. Dalam garis panduan KPM juga dinyatakan, kalau sekolah tutup ia mungkin perlu diganti.

5. Jadi pihak Pengarah Pendidikan Negeri akan maklumkan bila tarikh sesuai untuk ganti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Disebabkan itu tidak ada PdPR.

6. Ahmad Rafee berkata, hari pertama persekolahan kembali dibuka hari ini, pihaknya belum menerima laporan daripada mana-mana sekolah mengenai masalah berkaitan cuaca panas.

Baca juga Strok haba ibarat radiator kereta pecah, cepat bertindak waspada tanda awal sebelum ragut nyawa

Elak aktiviti luar, berjimat dan minum air dengan banyak. Cuaca panas dijangka berlanjutan hingga April

7. Katanya, KPM juga tidak menetapkan jangka masa tertentu sekiranya sesebuah sekolah ditutup berikutan isu berkenaan.

Iklan

8. Sebaliknya, beliau berkata, keputusan semasa dibuat mengikut keadaan cuaca semasa sebagaimana laporan harian dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

9. Katanya, KPM turut memberikan kelonggaran kepada warga sekolah termasuk pelajar dan guru untuk memakai t-shirt sukan setiap hari semasa sesi persekolahan.

10. Bukan hanya pelajar yang boleh mengenakan t-shirt Pendidikan Jasmani (sukan), guru pun dibenarkan memakai t-shirt. Sebagai solidariti kepada warga pendidik, warga KPM akan turut memakai t-shirt esok.

11. Berhubung mekanisme bagi penutupan sekolah, menurutnya, ia tertakluk kepada garis panduan yang telah dikeluarkan KPM iaitu suhu melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

12. Pihak sekolah boleh memohon untuk penutupan sekolah kepada pihak pendaftar atau Pengarah Negeri (masing-masing). Pengarah Negeri akan keluarkan kelulusan serta merta berhubung perkara itu.

Iklan

13. Mekanismenya sudah ada, cuma syor KPM supaya semua pihak khususnya di sekolah untuk pantau kesihatan murid dan guru pastikan aktiviti di luar, dalam keadaan cuaca panas sebegini dielakkan. Buatlah aktiviti di dalam kelas.

14. Selain itu, ibu bapa juga dinasihatkan supaya membekalkan air kepada anak-anak dan beri ingatan kepada mereka supaya minum air secukupnya.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.