Cucur, kuih-muih jadi lebih rangup dengan Seri-Aji, pilihan terbaik seisi keluarga

A
A
A

UNTUK mendapatkan tekstur rangup semasa menggoreng pisang, Tepung Goreng Pisang Seri-Aji keluaran Ajinomoto (Malaysia) Berhad merupakan pilihan terbaik untuk seisi rumah.

Ajinomoto dalam satu kenyataan berkata, bagi menambah keenakan pada gorengan, tepung berkenaan telah ditambah dengan sedikit aroma vanila manis.

Bukan sahaja pisang, malah produk baharu itu juga boleh digunakan untuk menyedapkan nangka goreng, ubi kayu atau ubi jalar.

seri aji

Pada masa sama, Ajinomoto turut memperkenalkan Tepung Goreng Cucur Seri-Aji yang menjadi pelengkap untuk pelbagai snek.

"Gabungan tepung dengan ramuan rencah dan rempah-ratus akan membuatkan setiap cucur yang dimakan lebih garing dan lembut pada bahagian dalam.

"Untuk menambah kesedapan, udang dan sayur-sayuran boleh ditambah pada kuih berkenaan," kata Ajinomoto.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Tepung Goreng Pisang dan Tepung Goreng Cucur Seri-Aji®

Tepung Goreng Pisang dan Tepung Goreng Cucur Seri-Aji®

Ujar jenama itu lagi, pengenalan produk-produk tersebut adalah sebagai salah satu inisiatif membolehkan orang ramai memudahkan aktiviti memasak walaupun dalam keadaan sibuk.

Tepung Goreng Pisang Seri-Aji dan Tepung Goreng Cucur Seri-Aji boleh didapati di kedai runcit, pasar raya dan platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca