Daftar kod QR untuk solat Jumaat di Masjid dengan konsep ‘siapa dulu’

Daftar kod QR untuk solat Jumaat di Masjid dengan konsep ‘siapa dulu’
Daftar kod QR untuk solat Jumaat di Masjid dengan konsep ‘siapa dulu’
A
A
A

SELEPAS lebih dua bulan tiada solat Jumaat dan solat berjemaah dibenarkan akibat penularan pendemik Covid-19, umat Islam hari ini dapat kembali menunaikan kewajipan di masjid dan surau setelah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.

Namun, buat ketika ini seperti apa yang dilaporkan, hanya 'insan terpilih' sahaja dibenarkan mengimarahkan masjid dan surau di kawasan masing-masing dengan SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Seperti di Kuching, Sarawak, umat Islam yang berhasrat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Negeri dan Masjid Bandaraya Kuching diminta mengimbas kod QR bagi tujuan pendaftaran.

Dalam kenyataannya memetik dari portal akhbar tempatan, Lembaga Amanah Majlis-Masjid Negeri Sarawak (LAMMNS) berkata, mereka boleh berbuat demikian di laman Facebook rasmi LAMMNS.

Peraturan ini dibuat berikutan bilangan jemaah yang dibenarkan hanya 100 orang bagi Masjid Jamek Negeri Sarawak dan 50 orang bagi Masjid Bandaraya Kuching, demikian menurut kenyataan tersebut.

Menurut LAMMNS, pemilihan jemaah dibuat berasaskan “siapa dulu” selepas permohonan mereka disaring bagi melihat tahap kesihatan dan jemaah terpilih akan dimaklumkan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Para jemaah yang berjaya mendaftar dan terpilih untuk menghadiri solat Jumaat ini dimohon hadir ke masjid dalam tempoh satu jam atau selewat-lewatnya 15 minit sebelum azan,” menurut kenyataan itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca