Dah boleh bercuti! Orang ramai diseru melancong kawasan setempat PKPB, PKPP
BERCUTI bersama keluarga membawa manfaat yang sangat besar. Ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan melakukan aktiviti bersama-sama.
Tiada yang lebih bernilai selain daripada kenangan bersama ahli keluarga yang tersayang.
Ia bukan sahaja membantu kita berehat daripada kesibukan rutin seharian, tetapi dapat membawa beberapa manfaat penting terhadap perkembangan dan kesejahteraan anak-anak.
Oleh itu, ini berita menarik buat semua yang gemar atau bercadang ingin bercuti!
Kini aktiviti pelancongan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah dibenarkan mulai 19 Februari lalu.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah itu akan dapat menyokong pertumbuhan sektor pelancongan negara.
"Saya menyeru kepada orang ramai untuk memulakan aktiviti pelancongan di kawasan setempat masing-masing dan melanconglah dengan selamat."Sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan mempraktikkan amalan norma baharu," ujarnya.
Negeri yang sedang dilaksanakan PKPB adalah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan WP Labuan manakala Perlis di bawah PKPP.
Sementara itu, negeri yang masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sehingga 4 Mac 2021 seperti Selangor, Johor, Pulau Pinang, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih lagi tidak dibenarkan melancong.
Jadi, inilah masanya kita membantu sektor pelancongan negara. Selamat bercuti!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang