SETELAH hampir tiga bulan negara kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada 13 Januari lalu, kini orang ramai dapat menarik sedikit kelegaan apabila sudah kembali dapat merentas daerah.

Namun kini pula kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan antara negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke PKPP lain berkuat kuasa hari ini.

Program Gelembung Pelancongan Bersasar tersebut diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Bagaimanapun, jelas beliau, ia tertakluk kepada beberapa syarat iaitu dengan menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Selain itu, orang ramai turut wajib menggunakan kenderaan pelancongan yang berdaftar merangkumi khidmat pengangkutan dan penginapan selain pergerakan secara persendirian tidak dibenarkan.

Pergerakan pelancongan antara negeri PKPP sahaja berkuat kuasa pada 10 Mac 2021 dengan syarat;

1. Guna perkhidmatan agensi dan kenderaan pelancongan berdaftar dengan MOTAC.

2. Pergerakan secara persendirian tidak dibenarkan.

3. Agensi pelancongan perlu dapat surat kebenaran pihak PDRM untuk rentas negeri.

4. Tidak dibenarkan berhenti di negeri PKPB.

5. Pergerakan dari negeri PKPB ke PKPP tidak dibenarkan.

6. Agensi pelancongan perlu menetapkan tempat penginapan dan aktiviti pelancongan dengan lebih awal.

Dah boleh melancong negeri PKPP ke PKPP bermula hari ini, tapi kena tahu ni

Negeri PKPP adalah Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan.

Iklan

Dalam pada itu, Ismail turut mengumumkan dasar bekerja dari rumah (BDR) masih terpakai kepada kakitangan awam dan industri di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih terpakai walaupun semua negeri kini di bawah PKPB dan PKPP.

Iklan

Baca juga [VIDEO] Cubaan langgar lari gagal, pemandu teruk dibelasah orang awam

Bagaimanapun katanya, ia masih tertakluk kepada ketua jabatan untuk melaksanakan arahan itu mengikut kesesuaian cara kerja masing-masing.

Jadi, inilah masanya kita membantu sektor pelancongan negara. Selamat melancong!