Dahsyatnya bersedekah, antara paling baik memberi makanan kepada orang

Dahsyatnya bersedekah, antara paling baik memberi makanan kepada orang
Dahsyatnya bersedekah, antara paling baik memberi makanan kepada orang
A
A
A

"JIKA seseorang itu memberi sedekah dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kepada Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya."

Begitulah perkongsian pendakwah bebas terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Ebit dalam Channel Telegram miliknya.

Ramai orang sedia maklum tentang kelebihan apabila kita bersedekah. Ganjarannya bukan calang-calang.

Malah, rezeki bertambah murah andai kita melazimkan diri berbuat amalan mulia ini. Bukan itu sahaja, bersedekah juga boleh menolak musibah.

Menurut Ustaz Ebit, dahsyatnya bersedekah kerana Allah akan memberi kebaikan-kebaikan ini;

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke syurga Allah SWT.

2. Sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makanan kepada orang.

3. Sedekah akan dihisab pada hari kiamat dan sedekah akan InsyaAllah dijauhi api neraka jahanam.

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang-orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut.

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan.

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan pada hari kiamat di hadapan Allah SWT.

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri daripada celaka pada hari kiamat dan tidak akan membuat orang sengsara disebabkan masa lampau kita.

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan daripada dosa-dosa yang telah dibuat.

Ungkit sedekah

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada kita.

11. Orang-orang yang memberi sedekah ialah orang-orang yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat daripada Allah SWT.

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong daripada golongan orang-orang yang disayangi oleh masyarakat.

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati.

Baca juga Cegah kanser, kuatkan daya ingatan. Banyaknya khasiat buah delima!

Keajaiban sedekah subuh.. amalkan setiap hari pasti ada ganjaran rezeki yang tak disangka

15. Sedekah mampu melepaskan kita daripada kesusahan dan doa-doa akan dimakbulkan Allah SWT.

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia.

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup.

18. Sedekah adalah ubat.

19. Sedekah mampu menolong kita daripada kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas.

20. Sedekah adalah ganjaran yang baik meskipun memberi kepada binatang-binatang atau burung-burung.

Bersedekahlah walaupun jumlahnya kecil. Semoga kita beroleh kebaikan dunia dan akhirat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca