Dakwaan biskut jenama tempatan mengandungi bahan berbahaya, ini penjelasan KKM
AKHIR-AKHIR ini menjadi bualan ramai berkenaan kandungan bahan karsinogenik yang didakwa terkandung dalam biskut jenama tempatan.
Beberapa jenis biskut yang terkenal di Malaysia didakwa mempunyai bahan penyebab kanser.
Perkara itu turut menimbulkan kebimbangan dan keresahan para pengguna di negara kita. Manakan tidak, biskut tersebut menjadi pilihan ramai sejak sekian lama.Jangan lupa follow kami di Instagram!
Justeru, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan perkembangan terkini isu pencemaran acrylamide dan glycidol susulan laporan oleh CHOICE Magazine di dalam laman web Majlis Pengguna Hong Kong (The Hong Kong Consumer Coucil) berkaitan 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut, yang dijual di pasaran Hong Kong mengandungi acrylamide dan glicydol.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemantauan yang dijalankan oleh KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah dilakukan sejak 2015 lagi.
Katanya dalam satu kenyataan, antara jenama yang disenaraikan termasuk jenama biskut Hup Seng, Jacobs dan Julie’s yang dikilangkan di Malaysia.
Hasil pemantauan bagi produk biskut di pasaran tempatan termasuk jenama terlibat, pihaknya mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram) iaitu di bawah paras (benchmark level) yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation iaitu 350 µg/kg.
BKKM turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui pengambilan biskut adalah rendah.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut menjelaskan, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.
Pengguna juga boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat isu-isu berkaitan keselamatan makanan.
Sementara itu, Hup Seng Makanan Malaysia Sendirian Berhad turut memberikan kenyataan berhubung tuduhan tersebut pada Ahad lalu.
Katanya, semenjak tahun 1958, sebagai pengilang biskut yang mengambil berat tentang tanggungjawab sosial, kualiti dan keselamatan produk adalah keutamaan pihaknya.
Baca juga Meloyakan, kilang fucuk penuh najis tikus diarah tutup, berikut 10 fakta mengenainya
Dalam pada itu, syarikat yang terletak di Batu Pahat, Johor turut menyatakan produknya selamat.
Tegasnya, ‘Special Cream Cracker’yang dihasilkan dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat dimakan dan selaras dengan regulasi tempatan, standard kualiti keselamatan makanan.
Semoga dengan penjelasan ini dapat menjawab kepada kegusaran dan persoalan yang timbul.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang