‘Sambut ibu baba di syurga nanti.' Lama menanti zuriat, mak ayah kanak-kanak tercekik gula-gula kenyal reda pemergian Fahmi

No Image Caption
A
A
A

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Lebih terkesan, pemergian anak yang disayangi berlaku secara mengejut. Hantar ke sekolah dalam keadaan sihat tetapi pulang dalam keadaan menyayat hati.

Kematian Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, pada malam tadi benar-benar memberi pengajaran kepada semua tentang bahaya pengambilan gula-gula yang dijual di luar kawasan sekolah.

Walaupun Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan dengan menyita gula-gula kenyal di premis yang dikenal pasti berdekatan sekolah mangsa namun ia bukanlah tindakan untuk jangka masa panjang.

No Image Caption

Kembali kepada kisah adik Fahmi, nenek mangsa yang dikenali sebagai Hambiah Kassim, 75, berkata kematian Mohamad Fahmi merupakan kehilangan besar buat seluruh keluarga terutama ibu bapa arwah.

"Cuti sekolah baru-baru ini, Fahmi habiskan masa selama dua minggu di rumah makcik sebelum pulang ke rumahnya. Seminggu selepas itu, dia kembali semula ke rumah makcik dan tinggal selama seminggu di sini. Dia pulang ke rumah bila hari persekolahan hampir tiba.

“Selepas berkahwin, ibu dan bapa Mohamad Fahmi agak lama menunggu kehadiran zuriat, tetapi saya yakin mereka berdua reda dengan takdir ini.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Siti Farhani Mohamad Fikri berkata, abangnya, Mohammad Fakhruddin Mohamad Fikri reda dengan pemergian anak sulungnya itu.

"Abang kata dia reda. Dia kata, sambut ibu baba di syurga nanti," katanya.

Terdahulu, Mohammad Fahmi yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula kenyal di sekolah, menghembuskan nafas terakhir di sisi ibu bapanya, kira-kira 11 malam tadi di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang.

Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Binjai, Penaga jam 3.20 petang tadi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang