SEJAK penularan pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak setahun lalu, barisan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa bekerja siang malam demi nyawa rakyat Malaysia.

Sehinggakan Februari ini sahaja lebih 4,700 petugas barisan hadapan di KKM telah dilaporkan positif Covid-19 dan separuh daripada mereka dijangkiti ketika waktu bertugas. Allahu. Satu angka yang bukan sedikit jumlahnya!

Malah, ada juga dalam kalangan ahli keluarga mereka itu turut dijangkiti disebabkan kontak rapat kepada pejuang Covid-19 kita ini.

Untuk makluman, KKM telah bekerjasama dengan FWD Takaful yang bersetuju untuk menyumbang dana sebanyak RM10 juta ke dalam dana yang dipanggil Dana MOH FWD MY Heros (MyHeroes).

Dana MyHeroes berjumlah RM10 juta yang ramai tidak tahu, frontliner KKM berhak untuk tuntutMelalui dana itu, setiap petugas KKM yang dijangkiti Covid-19 ketika bertugas akan menerima sejumlah dana sebagai sokongan moral kepada mereka yang telah berjuang untuk kita rakyat Malaysia.

Petugas KKM yang positif Covid-19 disebabkan bertugas akan terima sejumlah RM2,000 jika mereka terima rawatan di wad biasa, RM10,000 jika di rawat di ICU dan RM40,000 jika berlaku kematian.

Tambahan pula melalui dana MyHeroes itu RM10,000 juga akan diberikan untuk lain-lain kes kematian kepada frontliner kita ni.

Setakat 31 Januari 2021, FWD Takaful dah bayar lebih RM3.2 juta melibatkan kira-kira lebih 1,000 tuntutan.

Dana MyHeroes berjumlah RM10 juta yang ramai tidak tahu, frontliner KKM berhak untuk tuntutDana ini masih banyak dan akan ditutup sehingga 31 Disember 2021 setelah ia dilanjutkan sebanyak tiga kali.

Namun, tak semua dalam kalangan mereka yang tahu kewujudan dana tersebut dan masih ramai lagi petugas KKM kita tidak tahu tentang inisiatif yang disumbangkan oleh FWD Takaful ini.

Mereka sibuk bekerja dan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan ambil peduli, kita bantu mereka supaya info ini akan sampai kepada frontliner kita.

Kongsikanlah supaya lebih ramai frontliner KKM kita sedia maklum dengan insentif ini kerana bayaran dibuat bukan secara automatik.

Iklan

Pemohon perlu tuntut secara online melalui www.cc4usolutions.my yang diuruskan oleh Pusat Khidmat Tuntutan CuepacsCare.

Hanya memerlukan dokumen yag lengkap, ikut kriteria terus dapat. Mudah sahaja!

Duit bukan segalanya, tapi inisiatif FWD Takaful itu memang patut di tuntut pada mereka yang benar-benar layak kerana dana keseluruhan berjumlah RM10 juta bukanlah satu jumlah yang kecil.

Iklan

Dana MyHeroes berjumlah RM10 juta yang ramai tidak tahu, frontliner KKM berhak untuk tuntutJika kita tak dapat bantu dengan duit, bantulah dengan berkongsi maklumat ini. Info Dana MyHeroes ni boleh dapatkan di www.cc4usolutions.my

Sebagai info tambahan, dana MyHeroes telah dilancar pada April 2020 oleh KKM dan FWD Takaful dengan jumlah RM5 juta.

Namun, FWD telah membuat penambahan lagi sebanyak RM5 juta baru-baru ni sebab kes Covid-19 Dilaporkan makin meningkat dan menjadikan jumlah keseluruhan dana bernilai RM10 juta.

Kredit: MyCuepacscare

#Share jika kita sayang dan hargai segala penat lelah Frontliner Kementerian Kesihatan yang bertugas siang malam demi…

Posted by Public Health Malaysia on Thursday, 18 February 2021