Darurat di negara kita sehingga Ogos ini, apa kata anda?

A
A
A

ORANG ramai kini boleh berkongsi pandangan dan maklum balas mengenai Proklamasi Darurat yang dilaksanakan mulai 11 Januari hingga 1 Ogos ini.

Maklum balas tersebut boleh dilakukan menerusi saluran yang diwujudkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Menerusi satu kenyataan, KKMM memaklumkan, sebarang perkongsian maklum balas boleh dilakukan melalui Telegram Channel SALURAN MAKLUMAT DARURAT

https://t.me/saluranmaklumatdarurat atau e-mel kepada maklumbalasdarurat@kkmm.gov.my.

"Maklum balas yang dikumpul akan dibawa KKMM ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Darurat, bagi tujuan menambah baik pelaksanaan darurat memerangi Covid-19.

"Saluran maklum balas yang dibuka kepada orang ramai ini, merupakan antara langkah prihatin kerajaan dalam mendengar dan mengambil kira suara rakyat, untuk bersama-sama mengharungi situasi semasa serta memutuskan rantaian Covid-19," tulisnya.

Darurat di negara kita sehingga Ogos ini, apa kata anda?

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Pelaksanaan darurat berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 Januari lalu.

Jadi korang boleh kemukakan segala buah pendapat di saluran yang telah dinyatakan itu ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca