Demam, batuk, cirit selepas mandi kolam, ini risiko mak ayah perlu tahu

04
04
A
A
A

RASANYA ramai dalam kalangan kita yang mempunyai hobi berenang dan bermain di dalam kolam mandi bukan?

Ya, ia merupakan antara salah satu aktiviti yang sangat digemari ekoran manfaatnya yang seronok dan sihat!

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Tambah lagi mandi-manda di taman tema. Pantang sahaja ada cuti hujung minggu pasti tempat permainan air jadi tumpuan.

Pun begitu, korang perlu tahu bahawa ada risiko yang menanti terutamanya buat kanak-kanak.

Menurut doktor telinga, hidung dan tekak, Dr Ezairy M Sallih, lima bahaya kepada anak-anak kecil seperti;

1. Mudah berlaku jangkitan melalui air tercemar. Apabila anak kita tanpa disedari tertelan air di kawasan tersebut, jangkitan yang berlaku akan menyebabkan berlaku masalah seperti cirit-birit.

2. Apabila ada pesakit mengalami masalah demam dengan gejala seperti bersin dan batuk ketika di dalam air, jangkitan boleh juga berlaku kepada anak kita yang kemudiannya akan mengalami masalah sama. Biasa kan alami situasi seperti ini sebaik sahaja anak kita pulang daripada mandi di laut atau kolam?

Baca juga 5 fakta mengenai Deltacron, varian kombinasi Delta, Omicron ditemui di Cyprus

Kunjungi taman tema, hiburan diskaun 50%, tebus e-baucar tunai bernilai RM10 sekarang!

3. Mudah alami masalah sinus. Terutama jika anak kita memang ada masalah kerap selsema dan tersumbat hidung. Air yang tersedut ke dalam hidung dalam kuantiti banyak akan menyebabkan kotoran juga masuk ke rongga hidung dan sinus. Jangkitan boleh berlaku.

4. Jangkitan pada telinga mudah berlaku. Jangkitan boleh berlaku akibat masalah daripada hidung dan tekak. Ini disebabkan kawasan telinga tengah yang bersambung dengan belakang hidung. Jangkitan pada salur telinga luar juga boleh berlaku. Otitis externa dan media berisiko untuk berlaku.

Baca juga Sijil vaksin ’terbang’ boleh undang bencana, polis dedah doktor kaut untung jual sijil palsu RM400-RM500

5. Kurang pendengaran. Air yang terkumpul di dalam salur telinga boleh mengakibatkan anak mengadu kurang dengar.

Ini kebiasaannya hanya sementara, akan bertambah baik selepas beberapa hari. Namun, jika tidak bertambah baik, perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.

Sementara itu, menurut kajian dijalankan oleh laman sesawang Swim Guide, antara mikroorganisma yang biasa terdapat di dalam kolam air adalah:

  • Cryptosporidium
  • Giardia
  • Shigella
  • Norovirus
  • E. coli O157:H7

Mikroorganisma tersebut mungkin boleh jadi pencetus pelbagai penyakit Recreational Water illnesses (RWI).

Selain menjejaskan kulit, RWI juga akan memberi kesan kepada sistem pernafasan, pencernaan, neurologi, telinga, mata serta jangkitan pada luka.

Moga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca