WARGANET bab-bab troll memang cekap! Gara-gara satu adegan dalam drama bersiri tamil, watak seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Kannamma’ kini menjadi tular di Malaysia.

Dalam adegan itu, Kannamma yang sarat mengandung dihalau keluar dari rumah oleh suaminya Bharathi, seorang doktor, selepas mencurigai wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain kerana suaminya percaya dirinya tidak subur.

Akibat kreatifnya netizen, kini gambar Kannamma berjalan seorang diri dengan membimbit beg dengan kesan efek yang telah diedit seolah-olah dia berada di merata-rata tempat termasuk di angkasa lepas tular di media sosial.

Dalam hantaran di media sosial, mereka menggunakan hashtag seperti Kannamma memes, Kannamma walking dan Kannamma is here.

Malah ‘demam’ itu turut melanda Malaysia apabila perkongsian itu kini membanjiri wall di media sosial, terutamanya dalam kalangan masyarakat India.

“Gaiss, Kannama Sampai TBS!’, Look who is here!! Proud of you Kannamma Barathi Flexed biceps.

“Welcome to Malaysia dan Kannamma, if you’re reading this i just want you to know that you can come and stay at my place.

“Be safe and take care.”

Ia adalah antara meme yang dimuat naik netizen Malaysia dengan menggabungkan gambar wanita itu di beberapa lokasi di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan sebagainya.

Iklan

Bharathi Kannamma, adalah sebuah drama remake Malayalam, Karuthamuthu yang ditayangkan di Asianet.

Drama itu mengisahkan tentang Kannamma, seorang wanita yang menjalani liku-liku kehidupan dalam penuh kepayahan.

Iklan

Drama yang ditayangkan menerusi Vijay TV di saluran 224 Astro itu dibintangi Roshni Haripriyan, Arun Prasad, Farina Azad, Sweety, Akilan and Roopa Sree.

Drama berepisod 1,450 itu disiarkan hampir lima tahun di India. Bagi yang belum mengenali siapa Kannamma, tak lama lagi korang mesti kenal!

Sumber rujukan : astroawani