ANAK anugerah Ilahi yang tidak ternilai. Bukan sekadar penyambung warisan, malah bukti kekuasaan Allah.

Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi bahtera mereka.

Ibu dan ayah dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

Kata orang, mendidik anak lelaki besar cabarannya. Dari segi perangainya, biasanya mereka lebih lasak daripada anak perempuan.

Sebenarnya, banyak perkara penting dalam mendidik anak lelaki yang perlu dipraktikkan oleh ibu bapa bermula seawal usia.

Perlu diingat, cabaran utama dalam menjaga dan mendidik anak lelaki ialah untuk memastikan anak lelaki bakal menjadi pemimpin di dalam organisasi sekurang-kurangnya di dalam sebuah keluarga kelak.

Artikel berkaitan: Work from home? Fahami perkara penting ini elak berlaku kekeliruan antara majikan dan pekerja

Iklan

Menurut pakar sakit puan yang mempunyai lebih 44 tahun pengalaman, Dr Hamid Arshat berkongsi nasihat beliau berkenaan didikan anak lelaki dari kecil dengan lima perkara ini;

1. Didik mereka sifat suka membantu.

2. Jangan terlalu tegas dan tidak mengongkong mereka.

3. Didik mereka untuk melindungi maruah adik perempuan dan kakaknya.

4. Didik anak lelaki untuk berlemah lembut dengan adik- beradiknya.

5. Didik mereka untuk hormat dan patuh kepada ayahnya.

Pesan beliau, ibu ayah di luar sana, didiklah anak lelaki kalian dengan penuh sabar, berikan agama yang baik, moral yang tinggi serta kasih sayang agar mereka menjadi insan yang berguna dan bertanggungjawab satu hari nanti.

Iklan

Semoga anak-anak kita akan menjadi pembimbing terbaik ketika besar nanti.