Dijamin berkesan. Lelaki ini kongsi cara paling berkesan guna arang hilangkan bau kucing dalam rumah

RAMAI di antara kita yang suka memelihara kucing.

Makhluk comel yang mempunyai sifat manja itu selalu menghiburkan penghuni seisi rumah.

Telatahnya yang mencuit hati membuatkan sesiapa sahaja menjadi lebih ceria.

Pun demikian, bau najis haiwan tersebut membuatkan kediaman jadi busuk.

Naik segan jika ada tetamu yang datang bertandang ke rumah.

Oleh itu, pencinta kucing yang ada masalah serupa, apa kata cuba cara yang dikongsikan seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai uzmaiofficial.

Lelaki tersebut mendedahkan hanya menggunakan arang sebagai solusi kepada rumah berbau kucing.

 

Baca juga: Tertanya-tanya kenapa kucing suka sangat makan tuna? Ini jawapan saintis berdasarkan kajian


Ujarnya, bau si comel itu lazimnya datang daripada makanan dipilih atau cara mengendalikan haiwan tersebut.

Berdasarkan video yang telah mendapat lebih 17,100 like itu, lelaki tersebut berkata, penggunaan arang dapat menyerap bau yang tidak menyenangkan tersebut.

Baca juga: Keunikan corak bentuk M pada dahi kucing tabby. Ini 9 jenis corak belang pada bulu kucing

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Cara beliau kongsikan juga mudah sahaja.

Iklan

Masukkan arang banyak-banyak ke dalam bekas kesukaan yang mempunyai lubang dan tutup dengan kemas.

Setelah itu, boleh letak di tempat kucing.

Baca juga: Hilangkan bau kucing dengan pewangi rumah cara DIY. Guna pelembut pakaian dan garam batu jer

kucing
SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Nampaknya mudah sahaja dan menjimatkan.

Jadi selepas ini, tak perlu lagi beli deodorizer mahal-mahal di pasaran.

Iklan

Guna tip tersebut yang jauh lebih murah dan dijamin berkesan untuk menghilangkan bau busuk kucing dalam rumah.

Selamat mencuba semua!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang