WALAUPUN hanya seekor haiwan, namun kehadiran kucing selalu menceriakan hati kita.

Melihat telatah mereka bermain memang sangat menghiburkan dan boleh buat hilang stres.

Kita sedia maklum haiwan itu terdiri daripada pelbagai jenis.

SUMBER Krysten Merriman daripada Pexels.

Tabby atau kucing belang adalah antara pilihan popular dalam kalangan pemilik haiwan tersebut.

Ia bukanlah baka kucing namun merupakan ciri yang membezakan spesies si comel kesayangan ramai itu.

Menurut Catster, kucing tabby terkenal kerana corak jalur berbentuk M pada dahinya.

“Ia boleh muncul dalam pelbagai baka dan warna haiwan tersebut.

“Selain memiliki tanda dahi yang sama, tabby juga mempunyai bulu agouti yang memiliki segmen terang dan gelap berselang-seli,” kata laman web itu.

Catster turut berkongsi sembilan jenis belang mengikut warna dan corak haiwan tersebut.

Berikut adalah ciri-cirinya:

1. Belang klasik

Si comel bercorak klasik mempunyai jalur pada muka dan kepala.

Pusaran warna yang lebih gelap pada seluruh badan haiwan itu juga menyerupai kek marble.

2. Belang mackerel

Kucing jenis mackeral memiliki satu jalur gelap pada tulang belakangnya.

Corak bercabang itu menyerupai rangka ikan seperti namanya.

baca juga: Hilangkan bau kucing dengan pewangi rumah cara DIY. Guna pelembut pakaian dan garam batu jer

3.Belang berbintik

Kucing bercorak bintik-bintik mempunyai muka berjalur seperti kucing belang klasik.

Namun begitu, mereka memiliki bintik bujur atau bulat pada keseluruhan badannya.

Kucing daripada baka Ocicats dan American Bobtails merupakan antara contoh tabby berbintik.

baca juga: Video kucing bercakap viral hingga raih 7 juta tontonan, ramai kagum lihat aksi Duchy minta makan

4. Belang bertanda

Kucing jenis tersebut lazimnya dipanggil Abyssinian atau Agouti Tabbies.

Walaupun tidak kelihatan seperti kucing belang yang stereotaip namun mereka mempunyai tanda dahi yang standard.

Ia juga lazimnya mempunyai jalur pada muka dan berbulu lebat.

5. Tortoiseshell

Kucing tortoiseshell mempunyai campuran tompok coklat dan merah dan tanda belang lazimnya dilihat pada kaki haiwan tersebut.

Baca juga: Tertanya-tanya kenapa kucing suka sangat makan tuna? Ini jawapan saintis berdasarkan kajian

6. Belang perang

Iklan

Kucing belang perang biasanya mempunyai warna hitam, krim atau putih.

Mereka juga boleh dikenali melalui bulunya telinga dan kaki berwarna coklat gelap.

7. Belang oren atau merah

Watak kucing oren yang paling terkenal, Garfield merupakan contoh si comel berbelang oren.

Kucing merah atau oren mempunyai belang kerana gen yang menghasilkan corak tersebut adalah gen yang sama memberikan warna pada haiwan tersebut.

Baca juga: Mulia hatinya demi selamatkan kucing, kanak-kanak perempuan hilang sebelah kaki digilis lori

8. Belang kelabu

Kucing berbelang kelabu lazimnya mempunyai tompok dan jalur yang gelap.

Ia boleh berwarna hampir putih atau kelabu yang lebih pekat.

Iklan

9. Calico tabby

Istilah Calico sama seperti tabby, ia merujuk kepada corak dan warna bulu kucing.

Si manja yang mempunyai tiga warna dan tanda dahi M dikenali sebagai Calico Tabby.

Lazimnya haiwan comel dari jenis itu terdiri daripada rona putih, oren dan hitam.

American Bobtails, Parsi, Scottish Folds, Norwegian Forest Cats dan Munchkins adalah antara baka kucing yang mempunyai warna Calico.

Berdasarkan jenis yang dikongsikan, bolehlah perhatikan belang pada haiwan kesayangan masing-masing.

Kategori yang mana menunjukkan kucing peliharaan kita.

Dengan itu, anda akan lebih mengenali haiwan kesayangan Rasulullah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang