AYAH ibu mana yang tidak trauma apabila anak yang disayangi hilang dalam sekelip mata.

Lagi-lagi kehilangan itu pula dek kerana diculik!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Seperti kejadian yang menimpa sepasang suami isteri di Iskandar Puteri, Johor ini yang panik apabila anak perempuan berusia tujuh tahun hilang dipercayai diculik di hadapan rumah.

Bagaimanapun, Nur Damia Qaleesya selamat dijumpai setelah enam jam kemudian.

Menurut laporan portal tempatan, ini kronologi kejadian sebenar yang terjadi pada 14 Disember lalu.

1. Bapanya, Mohd Khairul Nizam Shafii, 34, berkata, setiap petang anak sulungnya itu akan keluar bermain bersama rakan baiknya yang juga anak jiran mereka di hadapan rumah.

2. Katanya, sebelum kejadian anaknya itu sempat memaklumkan mahu bermain di rumah rakan baiknya yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka jam 4.30 petang hari kejadian.

3. Anak kedua pasangan suami isteri terbabit, Nur Rania Qaisarah, 5, pulang sambil menangis kira-kira jam 5.00 petang dan memaklumkan kakaknya menaiki kereta dipandu seorang lelaki tidak dikenali.

Iklan

4. Mohd Khairul Nizam dan isteri, Nur Aida R Mohd Tahir, 34, panik sebelum bergegas mencari anak sulung di sekitar kawasan perumahan dan bertanya jiran, namun Damia gagal dikesan dan ditemui.

Dijumpai sedang tunggu pak cik beli aiskrim, ini kronologi 6 jam anak hilang diculik

5. Mohd Khairul Nizam dan isteri terus bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bagi membuat laporan.

6. Selepas enam jam Mohd Khairul Nizam membuat laporan, polis menghubunginya memaklumkan anak sulungnya itu ditemui penduduk di belakang barisan rumah kedai kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya dan dihantar ke taman permainan berdekatan rumahnya, kira-kira jam 10.30 malam.

7. Individu yang menemui Nur Damia, Aliffi Abd Rahim, 28, berkata ketika dijumpai, Nur Damia dalam keadaan bingung kemudian dia cuba pujuk dengan beritahu akan bawa pulang bertemu ibu bapa dan Nur Damia berkata dia sedang menunggu seorang pakcik membelikannya aiskrim.

Baca juga Jadikan pengajaran! 10 pelajar MRSM terlibat buli ditamatkan pengajian. Berikut kronologinya

Sementara itu, Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan mengenai kes penculikan kanak-kanak itu. Bagaimanapun, kes itu masih dalam siasatan lanjut.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Khairul Nizam amat bersyukur kerana anak sulungnya ditemui dalam keadaan selamat selepas mereka sekeluarga berada dalam keadaan trauma selama enam jam berikutan kehilangan Nur Damia.

Jadikan pengajaran, awasi anak-anak kecil sentiasa.