Dilarang bawa telefon bimbit, 10 langkah perlu dilakukan ketika pergi mengundi

A
A
A

PADA 19 November ini, negara kita akan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Anak muda yang berusia antara 18 tahun hingga 20 tahun, nama mereka telah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi.

Bagi mereka yang baru pertama kali mengundi, tentu tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan ketika hari mengundi nanti. Perlu diingatkan bahawa penggunaan telefon bimbit ketika proses mengundi adalah dilarang sama sekali.

Kredit foto: Sinar Harian

Baca juga: Semak tempat mengundi anda di sini, mudah 'klik klik' online sahaja

Baca juga: Pertama kali mengundi? Ini adalah 10 perkara yang wanita harus tahu

Telefon bimbit/pintar seakan satu keperluan. Namun penggunaan gajet ini adakalanya disalah guna sehingga menyebabkan perkara yang tidak sepatutnya dikongsi dihebahkan tanpa rasa bersalah. Hakikatnya bukan semua perkara boleh dikongsi secara terbuka.

Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku ketika PRU15, menerusi satu infografik, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa pengundi tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit/pintar semasa membuat pengundian nanti.

Terdapat 10 langkah penting yang perlu diikuti. Paling penting jangan sesekali mengabaikan larangan menggunakan telefon bimbit ketika berada di pusat mengundi.

Turutan mengundi semasa berada di bilik undi:

1. Masuk bilik undi - anda boleh masuk apabila dibenarkan oleh anggota polis yang bertugas mengawal selia pintu masuk di bilik undi.

2. Serah Mykad - serahkan Mykad atau dokumen pengenalan diri dan slip semakan (jika ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.

3. Semakan Mykad - kerani pengundian pertama akan memberikan Mykad atau dokumen pengenalan diri pengundi kepada kerani pengundian kedua untuk pengesahan. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama anda yang disebut oleh kerani pengundian pertama adalah tepat.

4. Celup jari - bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol dakwat pilihan raya apabila diminta oleh kerani pengundian kedua.

5. Kertas Undi - anda akan menerima kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.

6. Tinggalkan telefon - anda akan bergerak ke meja ketua tempat mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit/pintar.

7. Pilih calon - bergerak ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam kertas undi dengan menggunakan pen. Anda hanya boleh pilih satu calon sahaja.

8. Peti Undi - masukkan semula kertas undi tadi ke dalam peti undi yang betul.

9. Ambil semula telefon - bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil semula telefon bimbit/pintar yang diletakkan tadi.

Kredit foto: Pixabay

10. Beredar- segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.

Langkah penyerahan telefon bimbit bermula pada langkah ke enam. Jika dilihat melalui infografik yang dikongsikan, pengundi diminta untuk bergerak ke meja ketua tempat mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit selepas menerima kertas undi.

Ketika membuang undi, pengundi hanya boleh memilih satu calon dan memasukkannya ke dalam peti undi. Setelah selesai mengundi, pengundi akan bergerak ke meja KTM semula untuk mengambil telefon bimbit yang ditinggalkan dan terus keluar daripada tempat mengundi.

Pastikan anda meninggalkan telefon bimbit di meja KTM. Langkah ini penting bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan tegas oleh petugas SPR.

CARA SEMAK TEMPAT MENGUNDI:

- Portal rasmi spr.gov.my

- Hubungi ibu pejabat SPR 03-8892 7018

- Semak dalam portal MySPR Semak di mysprsemak.spr.gov.my

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

Kredit foto utama: Pexels, SPR

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca