DIY 2 bahan mudah rawat luka, kurap kucing lebih selamat, cepat sembuh

SETIAP kucing yang hidup pasti berisiko untuk dijangkiti penyakit ataupun mengalami sakit.

Walaupun dijangkiti penyakit, kucing boleh dirawat hingga sembuh dengan syarat kalian sebagai pemilik kucing tahu untuk merawat dengan cepat bagi mengelakkan keadaan si bulus lebih kronik.

Sesiapa sahaja yang membela kucing di rumah, pastinya risau jika hendak lepaskan kucing bermain di luar kerana takut bergaduh dengan kucing liar yang lain. Jika sudah bergaduh, balik rumah mesti terdapat luka-luka. Kalau bawa ke klinik risau ubat sapu itu akan dijilat oleh kucing nanti.

Jadi, sebagai langkah yang lebih selamat untuk merawat luka atau kurap kucing, anda boleh buat sendiri ubatnya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Yang paling penting, ia mudah dan berkesan.

Menurut pengguna Facebook Suhaili Baharudin, dia membuat ubat sapu untuk si bulus menggunakan kunyit.

“Mak sediakan resipi ubat sapu jika majikan kita luka sana sini. Kalau guna krim sapu dari farmasi atau klinik, selalu risau kalau kucing terjilat kan? Kunyit adalah antifungal, antibakteria dan antiviral. Begitu juga dengan minyak kelapa.

“Terlalu banyak khasiat dua bahan ini untuk kita dan para majikan. Yang penting ia selamat dan non toxic. Luka pun cepat baik!

“Nak kesian tapi rasa nak marah dulu. Balik kaki hencotlah, tangan terkulai sebelahlah. Geram mak,” tulisnya.

Baca juga Banglo ‘kayangan’ khas untuk kucing tersayang. Diperbuat daripada kayu palet bikin si bulus selesa

kucing
Gambar fail.

Bahan yang diperlukan;

1. Kunyit hidup

2. Minyak kelapa (coconut oil)

3. Botol

Nota: Kalau guna virgin coconut oil lagi bagus.

Caranya;

Iklan

1. Basuh kunyit bersih-bersih kemudian keringkan. Tak perlu kering beria, boleh lap dengan tisu dapur sahaja.

2. Letakkan dalam botol, tuang minyak kelapa tadi. Tak ada sukatan tepat untuk sebanyak mana kunyit dan minyak itu. Agak-agak sahaja. Yang penting kita bersederhana sahaja.

3. Tutup kemas dan siap. Simpan dan biarkan selama dua minggu. Letak sahaja di satu tempat. Dalam tempoh ini minyak akan menyerap semua khasiat kunyit tadi.

Baca juga Elak beri makan daging, tulang mentah kepada kucing elak si bulus sakit!

Kredit foto: Facebook Suhaili Baharudin

4. Selepas dua minggu warna dah bertukar. Kunyit semakin gelap dan minyak semakin kuning. Penuh khasiat dalamnya. Terus boleh sapu pada luka majikan kita yang buas amat itu. Mereka menjilat? Tak ada masalah. Terus jadi ubat untuk mereka.

Iklan

5. Tengok warna minyak dah kuning. Luka kucing-kucing kita akan cepat sembuh dan mana-mana yang terkoyak itu akan cepat kering. Natural remedy tanpa bahan sintetik. Oh ya, kita bibik-bibik ini sesuai juga.

Selama mana minyak ni elok? Selagi tiada bau hapak. Kalau dah bau hapak itu maksudnya dah expired jadi bolehlah dibuang, jangan gunakan dah ya. Jadi boleh buat dalam kuantiti yang sikit sahaja dulu supaya tak membazir.

Sumber: Facebook Suhaili Baharudin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.