Dr Hisham puji lukisan Luqman, warganet berharap turut sama dapat memiliki...

Dr Hisham puji lukisan Luqman, warganet berharap turut sama dapat memiliki
Dr Hisham puji lukisan Luqman, warganet berharap turut sama dapat memiliki
A
A
A

KETUA Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merupakan figura yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia selepas menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang dalam menangani pendemik Covid-19 yang melanda bukan sahaja Malaysia malah dunia.

Berkat kesungguhan dan juga kerjasama baik yang diberikan oleh orang ramai, penularan wabak maut tersebut kini dapat dikawal dan jumlah kes positif sudah pun menjunam ke satu angka.

Atas sebab itu, sebagai tanda penghargaan buat Dr Noor Hisham yang kini dianggap hero negara, seorang pengguna Twitter juga merupakan seorang pelukis dikenali sebagai Luqman Hakim telah menzahirkan penghargaan dengan cara unik apabila dia melukis wajah hero kesayangan ramai itu di cawan minuman.

Dalam status yang dimuat naik tersebut juga, Luqman Hakim menyatakan bahawa lukisan tersebut adalah satu penghargaan buat Dr Noor Hisham atas perkhidmatan yang cemerlang kepada negara.

Dia juga ingin sekali menghadiahkan lukisan yang dilakar itu kepada beliau sebagai rasa terima kasih.

Menariknya, Dr Noor Hisham sendiri yang menyedari akan lukisan tersebut telah membalas tweet itu dengan mengucapkan ribuan terima kasih.

Beliau juga memuji hasil lukisan Luqman Hakim yang begitu bagus dan disifatkan Luqman sebagai seorang yang berbakat besar.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Dr Noor Hisyam menerusi Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan dan rata-rata warganet turut sama memuji potret yang dilukis oleh Luqman yang dilihat sangat cantik.

Mereka juga berharap dapat memiliki bekas minuman yang terlakar wajah Dr Noor Hisham dan meminta restoran minuman tersebut mempertimbangkan cadangan itu.

Mungkin lepas ni akan ada versi bekas minuman dengan potret Dr Noor Hisyam jika terdapat permintaan yang tinggi. Siapa sangka kan?

Jadi, sama-sama la kita tunggu apa tindakan selanjutnya yang bakal dibuat oleh restoran tersebut. #JanganPutusAsaMalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca