RAMAI dalam kalangan orang ramai bertanya, macam mana vaksin Covid-19 ini boleh dikaji dan dibuat dalam hanya dalam tempoh masa satu tahun sedangkan vaksin sebelum ini mengambil masa 10 tahun untuk dikeluarkan?

Sejarah juga ada menunjukkan untuk membuat satu vaksin mengambil masa 10 hingga 15 tahun untuk ianya sempurna.

Sebelum ini vaksin yang paling cepat sekali untuk dikeluarkan ialah vaksin untuk mumps atau beguk dan itu pun mengambil masa 4 tahun.

Saintis Islam individu terpenting kejayaan vaksin Covid-19, hidup sederhana walaupun antara yang terkaya di Jerman

Bagaimanakah saintis di seluruh dunia bergabung tenaga untuk menyediakan vaksin Covid-19 dalam masa satu tahun?

Menurut seorang pakar perubatan, Prof Dr Imelda Balchin, sebenarnya, mereka telah mengharungi cabaran besar untuk menjayakan matlamat ini.

Beliau juga baru-baru ini di laman Facebook telah berkongsikan 10 Fakta yang telah membantu para saintis berjaya menghasilkan vaksin dengan begitu cepat.

Berikut merupakan perkongsian beliau :

1. Kerjasama antarabangsa

Dengan sebab adanya pandemik yang mana sudah ada banyak kematian, situasi itu telah memaksa saintis dari seluruh dunia untuk bekerjasama.

Bukannya senang nak bersepakat tetapi mereka terpaksa sebab pandemik ini telah menyebabkan banyak projek-projek lain tergendala.

2. Data Coronavirus tersedia selama 50 tahun

Ini bukan kajian yang baru saja dimulakan.

SARS-COV-2 virus ni ialah dari keluarga coronavirus. Ada beratus jenis coronavirus, termasuklah empat jenis yang boleh menyebabkan selsema, coronavirus yang menyebabkan SARS epidemik pada tahun 2002 dan MERS pada tahun 2012.

Saintis-saintis sudah ada maklumat dan data tentang coronavirus selama 50 tahun.

3. Kajian awal telah dibuat

Vaksin melatih sistem imun badan kita untuk melawan sejenis agent yang menyebabkan penyakit berjangkit sebelum kita dijangkiti agent itu.

Sebelum ini, vaksin mengandungi virus hidup yang dilemahkan atau hanya sebahagian virus (iaitu antigen) yang boleh mencetus imun sistem badan kita untuk melawan balik.

China dalam perbincangan dengan WHO untuk menilai vaksin Covid-19 untuk kegunaan global

Vaksin ini memberi stimulasi untuk imun sistem badan kita melawan penyakit ini dengan cara yang sama seolah-olah badan kita melawan penyakit dari virus yang sebenarnya.

Tetapi disebabkan kesuntukan masa bila melihat terlalu ramai kematian di seluruh dunia, tidak ada masa untuk membuat vaksin dengan cara ini.

Maka saintis di seluruh dunia mencari data yang sudah ada tentang coronavirus untuk mencari kaedah lain membuat vaksin dengan lebih cepat.

Sudah pun ada kajian yang telah membuktikan bahawa protein viral spike (S) itu penting untuk perlekatan kepada virus dan untuk memasuki virus, maka S protein inilah yang dipilih untuk membuat vaksin.

Ini bermakna kita boleh guna pakai kajian yang sudah dibuat untuk keluarga coronavirus ini sebelum pandemik lagi.

4. Teknologi canggih.

Sekarang sudah ada teknologi baharu yang tidak ada di zaman dulu. Sekarang kita ada genomic sequencing, yang mana kita boleh mengetahui baka gene susunan genom keseluruhan di dalam virus ini dalam hanya 10 hari.

Ini meringkaskan dan mempercepatkan kajian tentang virus mutasi baru SARS-CoV-2. Saintis menggunakan genomic sequencing untuk mengetahui susunan genom code untuk Protein S ini.

5. Ada penajaan.

Nak buat kajian vaksin memerlukan pembiayaan duit yang banyak. The Lancet Global Health menyatakan anggaran kos untuk menyediakan vaksin dan kajian untuk mengkaji keselamatannya ialah paling kurang sekali $31–$68 million (USD).

Kalau dah buat vaksin baru pun, mana nak dapat duit membuat beratus juta dos vaksin untuk penduduk dunia?

Sejam yang paling mendebarkan! Kapten Hamdan kongsi pengalaman bawa vaksin Covid-19

Sebab itulah hanya government yang boleh menyalurkan pembiayaan membuat vaksin ini kepada syarikat swasta yang ada pengalaman, teknologi dan kemahiran membuat vaksin.

Di USA, UK dan Eropah gabungan government dan berbagai institusi membolehkan mereka membiayai membuat jutaan dos vaksin sebelum lagi vaksin itu berjaya dihasilkan.

Bila duitnya sudah ada diperuntukan, maka nak buat vaksin pun cepat lah. Kalau duit tak ada dan ini tidak diutamakan maka nak buat vaksin pun lambat dan tergendala lah.

Iklan

6. Percubaan dari tahun ke tahun

Zaman dulu, kajian binatang dibuat dulu sebelum meminta kebenaran dan pembiayaan membuat kajian fasa satu. Kemudian keputusannya diterbitkan dalam journal dulu sebelum meminta kebenaran dan pembiayaan untuk memulakan fasa dua.

Seterusnya masa di antara setiap fasa boleh mengambil bertahun. Kajian vaksin percubaan boleh dibuat dengan cepat sebab mereka memberi kebenaran dan pembiayaan untuk membuatnya hampir serentak dan bukan satu-persatu seperti dulu.

Sebagai contoh, apabila kajian ke atas binatang hampir tamat, mereka memulakan fasa satu. Fasa satu boleh dibuat serentak dengan fasa dua. Fasa tiga pula dimulakan sejurus selepas fasa dua.

7. Ramai sukarelawan yang berminat

Ada ramai sukarelawan yang sanggup menjadi peserta kajian vaksin percubaan kerana ada banyak sokongan dari Masyarakat untuk membuat vaksin ini.

Mereka boleh menyediakan banyak pusat kajian vaksin percubaan supaya boleh rekrut ramai peserta.

Banyak kajian perubatan lain ada cabaran untuk hendak merekrut peserta. Kajian yang saya buat tentang pre-eclampsia pun mengambil masa satu tahun untuk rekrut jumlah peserta yang cukup kerana masyarakat tidak ada minat tentang pre-eclampsia.

Tetapi untuk Covid-19, ramai dalam kalangan masyarakat yang berminat dan menyokong.

8. Keputusasn kajian cepat hanya dengan smart phone

Mereka boleh mendapat keputusan kajian dengan lebih cepat di zaman sekarang melalui smart phone bila peserta kajian boleh memberi feedback melalui smart phone tentang apa-apa kesan sampingan. Sebab inilah sangat laju prosesnya di zaman sekarang jika dibandingkan dengan zaman dulu.

9. Penyakit jangka masa pendek

Kita bernasib baik, virus coronavirus memberi penyakit jangka masa pendek saja, bukan penyakit yang kronik seperti HIV, maka boleh dikaji keberkesanannya ke atas ramai orang dengan sangat cepat.

10. Tidak ada virus dalam vaksin ini.

Pfizer/BioNTech Covid-19 vaksin dan Moderna vaksin adalah vaksin mRNA pertama yang digunakan oleh manusia.

Iklan

Kedua-dua syarikat membuat vaksin ini memang sudah ada kemajuan dalam mRNA technology.

mRNA vaksin boleh menyampaikan hanya GENETIK code untuk membuat coronavirus S protein ke dalam sel badan manusia.

Kemudian sel badan manusia sendiri membuat S protein ini dengan genetik code itu. Ini kemudian melatih badan manusia mengenali protein yang ada di permukaan virus ini dan belajar melawan virus ini tanpa apa-apa pendedahan kepada virus.

Dengan kaedah ini badan sudah bersedia melawan virus sebenar tanpa apa-apa pendedahan kepada virus itu.

Tak payah lah nak menyediakan virus yang dilemahkan dan tak payah lah nak membuat antigen virus untuk dikaji dan untuk dibuat sebagai vaksin.

Tidak ada virus dalam vaksin ini.

Saya pun kagum dengan technology yang ada di zaman sekarang. Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda.

Saya nak tambah lagi satu maklumat penting. Kita dah beramai-ramai mendoakan kejayaan vaksin ini. Kita juga berdoa dan bertawakal, bukan hanya berusaha. Semoga Allah melindungi kita semua.

Ramai orang tanya, macam mana vaksin COVID ni boleh dikaji dan dibuat dalam hanya 1 tahun sedangkan vaksin sebelum ini…

Posted by Dr Imelda Balchin on Monday, 22 February 2021