UNTUK menampung kapasiti rawatan kes positif Covis-19 yang semakin meningkat di Negeri Sembilan, kementerian telah meningkatkan kapasiti sedia ada melalui beberapa fasa pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Salah satu darinya adalah berpusat di pusat pengajian tinggi iaitu Politeknik Port Dickson yang terletak di Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Facebook miliknya beberapa jam lalu juga berkongsi kepada umum beberapa fakta menarik berkenaan PKRC Politeknik Port Dickson yang ramai tidak tahu.

Antaranya adalah seperti :

Iklan
  • Pusat Kuarantin Dan Rawatan Berisiko Rendah Covid-19 (PKRC) Politeknik Port Dickson telah memulakan operasi pada 14 November 2020.
  • PKRC Politeknik PD ini mampu menempatkan sehingga 900 pesakit Covid-19 sekiranya diperlukan.
  • PKRC ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan agensi lain dibawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
  • PKRC Politeknik Port Dickson menempatkan pesakit berisiko rendah dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Hospital Rembau dan Hospital Tampin.
  • Sejak pembukaannya, PKRC ini telah digunakan oleh sehingga 300 pesakit dan ramai pesakit telah selamat dibenarkan pulang setelah dikuarantin termasuk menerima rawatan.
  • Dengan adanya PKRC Politeknik Port Dickson ini, pesakit Covid-19 yang dikenalpasti boleh dikuarantin serta dirawat secara lebih berkesan dan secara lansung akan mempertingkatkan kesiapsiagaan hospital menghadapi pandemik ini di Negeri Sembilan.

Semoga kesemua petugas kesihatan, petugas perubatan juga petugas dari agensi dipermudahkan untuk membendung dan merawat pesakit Covid-19. InsyaAllah.

Iklan