Dron ambil alih tugas hantar kit ujian Covid-19

Dron ambil alih tugas hantar kit ujian Covid-19
Dron ambil alih tugas hantar kit ujian Covid-19
A
A
A

RANGKAIAN pasar raya popular di Amerika Syarikat (AS), Walmart melancarkan program perkhidmatan dron yang ditugaskan untuk menghantar kit ujian Covid-19 ke rumah dalam radius 1 kilometer dari premis mereka di utara Las Vegas.

Program berkenaan merupakan sebahagian daripada eksperimen dan usaha Walmart menggunakan dron untuk digantikan dengan tenaga manusia.

Pelanggan akan menerima teks daripada DroneUp ketika ujian Quest Diagnostics (DGX) sedang dalam perjalanan.

Bergantung kepada lokasi, kit akan diturunkan di jalan masuk atau halaman belakang rumah.

Sementara itu, penghantaran yang memakan masa hanya lima minit, dikira percuma.

Sampel kemudian boleh dihantar melalui FedEx ke makmal Quest dan keputusan pula dikeluarkan secara digital dalam tempoh dua hari.

Program perintis ini memberikan gambaran bagaimana dron dapat digunakan pada masa depan untuk membuat penghantaran yang lebih cepat, tanpa memerlukan kontak.

"Kami berharap penghantaran kit melalui dron akan membantu mereka kemampuan ujian tanpa sentuh pada skala yang lebih besar dan meningkatkan cara inovatif Walmart merancang dalam menggunakan penghantaran dron pada masa akan datang," kata Naib Presiden Kanan produk pengguna Walmart, Tom Ward, dalam satu catatan catatan blog.

Minggu lalu, Quest dan Walmart mengumumkan bahawa ujian Covid-19 kini dapat dijalankan di lebih 500 lokasi farmasi pandu lalu Walmart di AS.

Terbaik! Canggih teknologi sekarang. Harap program penghantar dron ini berjaya dan mampu diguna pakai oleh negara-negara lain pada masa akan datang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca