“Durian Express” bakal diterbangkan ke Hong Kong dan Singapura disebabkan permintaan melonjak

A
A
A

BERITA baik buat ‘penggila’ durian yang ingin merasai durian tempatan yang duduk di luar negara!

Pemilik perniagaan durian kini berpeluang untuk mengeksport “raja buah” itu ke seberang laut, terutamanya ke Hong Kong dan Singapura menerusi inisiatif “Durian Express” DHL Express Malaysia.

Dalam satu kenyataan, penyedia perkhidmatan penghantaran antarabangsa itu berkata, inisiatif baharu itu bertujuan membantu pemilik perniagaan durian memenuhi permintaan yang kian melonjak dari seberang laut, dan menjamin penghantaran pada hari berikutnya dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

“Durian Express” bakal diterbangkan ke Hong Kong dan Singapura disebabkan permintaan melonjak

Menurut pengarah urusan DHL Express Malaysia, Julian Neo berkata, dengan “Durian Express”, pemilik perniagaan mempunyai fleksibiliti untuk membuat penghantaran ke gudang luar negara mereka sendiri, entiti komersil seperti pasar raya, atau kediaman dan alamat pejabat.

Kargo pukal am turut disediakan untuk pesanan dalam jumlah besar yang mana ia boleh dibahagikan kepada kiriman yang lebih kecil dan dihantar secara individu ke lokasi berasingan.

Neo berkata, kedua-dua negara berkenaan merupakan rakan dagangan utama untuk raja buah itu.

Mengulas lanjut, beliau menambah perkhidmatan baharu ini juga akan membolehkan pemilik perniagaan durian tempatan memenuhi selera asing yang semakin meningkat untuk lebih daripada 100 jenis yang terdapat di negara ini, terutamanya Musang King.

Turut dikenali sebagai Mao Shan Wang atau D197, rasanya yang sedap menyaksikan permintaan yang tinggi untuk durian jenis ini.

Walaupun dalam negara, ia dijual antara RM50 dan RM70 untuk satu kilogram, jumlah yang sama boleh dijual dengan harga sehingga RM200 di Hong Kong.

Atas sebab-sebab inilah, ia menjadi fokus utama eksport untuk Malaysia, menguasai 23 peratus daripada pengeluaran durian setahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca