Belanjawan 2026: STR, SARA RM100 terus disalur kepada rakyat

No Image Caption
A
A
A

ALHAMDULILLAH! Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan sekali lagi akan memberi RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Ia diumumkan ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. 

Berikut enam info berkaitannya anda perlu tahu:

1-Bagi tahun 2026, semua sembilan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah turut menerima SARA sehingga RM100 setiap bulan atau RM1,200 setahun.

2-Bantuan berkenaan akan disalur pada pertengahan Februari depan dan boleh dimanfaatkan untuk persiapan Ramadan serta sambutan Tahun Baru Cina.

No Image Caption

3-Susulan kos sara hidup meningkat dan membebankan rakyat, kerajaan menyediakan RM13 bilion bagi STR dan SARA.

4-Manakala, sejuta penerima STR di bawah e-Kasih menerima SARA sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun. 

5-Kategori bujang menerima RM600 iaitu RM50 sebulan melalui SARA.

6-Kadar maksimum diterima isi rumah ialah RM4,600 iaitu pendapatan bawah RM2,500 sebulan dengan lima anak menerima STR RM2,200 dan SARA RM2,400.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang