TIDUR yang mencukupi pasti membuat korang akan rasa lebih segar, sekali gus meredakan tekanan perasaan sama ada akibat masalah di tempat kerja mahupun peribadi.

Tapi, jika rasa mengantuk pada siang hari terutamanya pada waktu petang, mesti banyak kerja akan tergendala kan?

Bukan apa…rasa mengantuk ini boleh membuatkan otak kita menjadi tepu dan mood untuk bekerja dengan baik juga secara tidak langsung akan terganggu.

Bagi mengatasi masalah tersebut, korang kena elak daripada melakukan 6 perkara ini :

1. Makan terlalu banyak karbohidrat

Makan makanan berat dan banyak yang mengandungi karbohirat sewaktu makan tengah hari boleh membuatkan mata korang jadi layu dan mengucap tidak henti-henti.

2. Dehidrasi

Kurang air dalam badan atau pun dehidrasi boleh meyebabkan korang menjadi lesu dan mengundang rasa mengantuk yang cukup teruk.

3. Jangan duduk terlalu lama

Jika korang bekerja dalam suasana yang sejuk, sunyi dan ditambah pula duduk terlalu lama, korang mungkin jadi sedikit bosan. Rasa bosan ini boleh menyebabkan korang akan hilang tenaga.

Iklan

4. Tidur lewat malam

Akibat suka berjaga hingga lewat malam sukar untuk tidur, pastinya tenaga siang hari secara tidak langsung turut akan terjejas.

5. Tidur tidak lena

Begitu juga kalau sebelah malamnya, waktu tidur korang terganggu dengan pelbagai perkara remeh seperti bunyi bising sehingga mengakibatkan tidur tidak lena.

Iklan

6. Stress

Dalam masa yang sama, mengantuk boleh terhasil jika fikiran korang terlalu berkecamuk sehingga rasa stress. So, jangan la stress sangat. Chil la kan.

Semoga bermanfaat!